iklan atas

Mari mari mari..

Tuesday, January 3, 2012

::Perjalanan Haji 1432H - Nafar Awal & Bermabit di Mina::

11/11/2011 3.00pm(waktu mekah)

Assalamualaikum..

Bawah nie pic masa melontar utk tahalul awal..lepas selesai tahalul awal, maka lepaslah larangan ihram yg 10 tu(total ada 13, except ada 3 je larangan ihram yg masih kekal smpi la selesai haji..)

Untuk tahalul awal, team kami buat:
* Melontar Jamrah Kubra
* Bergunting/Bercukur

Lepas dari Arafah tu kitorg tak terus pegi Tawaf dan Saei sbbnye masa tue jemaah dari negara lain memang ramai sgt nak wat tawaf n saei..mcm utk jemaah Malaysia, dorg akan wat tahalul awal dulu, dan akan selesaikan tawaf dan saei lepas keadaan dkt Masjidil Haram tue agak reda sikit..(reda2 pon penoh gak dkt sane..ihihihi) yang nie melontar 1jamrah je, bukan tiga2 jamrah..
 ::ihihihi bermini telekung..kecik je::
Ok, so entry hari nie lebeh kepada nak cerite pasal Nafar Awal dan juga bermabit di Mina..

So mula2, aku nak terangkan tentang masud Nafar Awal nie..

MENINGGALKAN MINA PADA 12 ZULHIJJAH DENGAN SYARAT-SYARATNYA :
- Telah bermabit di Mina dua malam (11 dan 12) ::aku mabit di Mina hanya 2hari instead of 3hari::
Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamarah pada dua Hari  Tasyriq (11 dan 12) ::aku kene completekan melontar tiga2 jamrah before maghrib 12 Zulhijah::
 Telah berniat nafar untuk kembali ke Makkah semasa berada di Mina ::niat siap2 masa nak gerak ke tempat melontar..ihihih::
-  Meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari pada 12 Zulhijjah ::sebab maghrib masuk dah jd 13zulhijah::
Berazam tidak kembali ke Mina untuk mabit dan melontar pada 13 Zulhijjah ::niat::

Bermabit di Mina plak..
Definisi: 
Berada di bumi Mina pada malam-malam hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Jemaah haji boleh bermabit pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja bagi yang melakukan nafar awwal ataupun 11, 12 dan 13 dan Zulhijjah bagi yang melakukan nafar thani.

TEMPOH MABIT DI MINA
Terdapat dua pendapat ulama’ berhubung tempoh mabit di Mina, iaitu:
1.         Pendapat muktamad: Lebih daripada separuh malam.
2.         Pendapat kedua: Memadai berada di Mina seketika sebelum dan selepas terbit fajar (masuk waktu Subuh).
AMALAN SUNAT KETIKA BERADA DI MINA
1.         Memperbanyakkan amal ibadat.
2.         Membaca al-Quran.
3.         Berzikir dan bertakbir pada Hari Raya.
4.         Berdoa.
5.         Melakukan sembelihan korban dan dam.
6.         Menghadiri ceramah Agama.
7.         Solat berjemaah.

Team PHIS yang dkt Pusat Rawatan Syisyah ade 4org..jadi kami dibahagikan kepada 2group laa..mcm aku dan Hasrol(mutawwif sempoi aku..ihihih), kitorg wat Nafar Awal..lagi 2org tu wat Nafar Thani..

ok utk kitorg, gerak ke Mina tue takde la jauh sgt dari PRS tue..jalan kaki je sbb kenderaan memang tak dpt nak lalu pon dkt mane2 jalan pon dkt Mekah tue..sumernye penoh dgn jemaah..dorg tdo dkt jalan raya, mcm takde pape..siap pasang khemah lagi..ihihihih..memang penoh sgt2 dgn jemaah..kitorg gerak dlm group(of coz campor dgn team perubatan), jd mcm seronok laa tgk pelbagai ragam kat sana..ade yg wat kedai kopi instant..ihihih..

kalo tgk dkt mekah nie, bangunan die dkt celah2 batu pon ada..bukit2 tinggi2..jadi bile kitorg tgh carik port yg sesuai utk bermabit, tgk ade jemaah2 yang panjat bukit2 tinggi tu utk berdoa..(dorg nye fahaman, lagi tinggi tempat berdoa, lagi cpt doa tu smpi..nie dorg nye fahaman ye..) kita tak payah la ikut mcm tu..mane2 doa pon insyaAllah Allah dengar..Dia kan Maha Mendengar..kalo tak pengsan la KLCC tu penoh dgn org berdoa kat atas tu..ihihihih..

pastu bukit2..aku tak sure tu bukit ke gunung..tp celah2 batu ade je org bleh tdo la ape laa kat atas tue..kitorg kat bawah nie ngeri tgk dorg beramai2 panjat bukit/gunung tu sbb nak dptkan tempat paling tinggi..uhuhuhuh..serius ngeri..

 ::jutaan jemaah di bumi Mina::

 ::jangan tak percaya yang nie adalah jemaah tgh tdo..ni la port tdo dorg::

 ::yang putih2 tue adalah jemaah yg atas cari port mabit atas bukit..ngeri sbb tinggi::

::ramai kan? gayat tgk..ihihihi..::

So, lepas dah confirm kami dah dalam kawasan Mina(sbb PRS tak termasuk dalam kawasan Mina), kami pon carik port bermabit..utk 11Zulhijah tu kami hanya bermabit smpi Subuh, tak melontar..sbb nak dapatkan lebih dari separuh malam di kawasan Mina tue..jadi waktu2 terluang tu diisi dgn membaca quran, zikir, dan sebagainya laahh..masa nie keadaan dkt Mina sangat hidup dgn jemaah2 pelbagai negara..ada yg dtg berkumpulan..ada yg bawak anak kecik..ada yang bawak warga emas dgn kerusi roda..memang tak dpt nak gambarkan suasana masa tue..ada yg amik kesempatan dgn tdo..ihihih tp aku nie bukan lah reti sgt nak tdo dgn org rmi2 mcm tue..jadi aku lebeh kepada muhasabah diri waktu tu..uhuhuhuh..

lepas solat Subuh berjemaah dgn team2 yang ada, kami pon bergerak balek ke PRS utk tdo..ihihihih..mase nie aku dan Hasrol rehat smpi petang, system di cover oleh 2org lg tue..if ade issue, dorg akan attend..tp so far mase  tu alhamdulillah system ok je..

 ::kami bermabit, tgk blakang tue..ihihih::

bila dah masuk 12zulhijjah, team kami bergerak balek ke Mina utk melontar(melontar utk hari ke 11Zulhijah), bermabit sampai Subuh, lepas solat Subuh, melontar plak utk hari ke 12Zulhijah..yang nie melontar tiga2 jamrah..masa melontar tue kita kene yakin yang kita melontar 7biji anak batu, dan masuk dalam lubang jamrah tue..

waktu melontar nie yang paling seronok aku rase..(sumer pon seronok rasenye..ihihihihi)..sbbnye jemaah adalah sangat2 ramai..dan aku nie kan kecik je..nak melontar dari belakang mmg aku tak yakin la kan..takut tak masuk..t aku terkenang2 masuk ke tak batu dalam tue, dah wat aku susah hati..dah la bukannye senang2 nak ulang2 kalo tempoh melontar dah abis..so, aku pon gerak2 khas ke depan nak melontar..batu dah stand by kat tgn..ihihih..ramai sgt jemaah yg badan besar2, dan bile dorg melontar nie ade jemaah yang emosi terlebih sudah..dgn botol air, payung, kasut selipar semua terbang..alhamdulillah sgt2 sbb urusan melontar kami dipermudahkan..bygkan dgn jemaah yg ramai, mmg ramai sgt2..aku dpt menyelit ke dpn, melontar btol2 dpn tu..syukur sgt..dan mase tue baru aku realized, kalo kita tak sakitkan org, insyaAllah org takkan sakitkan kita..

maksud aku, cth masa tawaf laa(sbb kitorg slalu wat tawaf sunat, jemaah kan memang penoh dkt kaabah tue) bila kita bersesak2 dgn ramai org, jgn la kita main tolak2 org sbb nak dpt pegi cium hajarul aswad ke..nak tawaf btol2 tepi kaabah ke..mcm tue kan kita menyakiti org..biarlah dorg nak tolak2 kita, tp kalo boleh kita sabar je..insyaAllah org2 yang sabar nie pasti ada ganjarannya kan? :)

  ::selesai melontar 11 - 12 zulhijah..tinggal tawaf dan saei::

so lepas nie entry tawaf saei plak k? ending for perjalanan haji 1432H..ihihihih..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...