iklan atas

Mari mari mari..

Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Friday, August 16, 2013

Raya 2013 kami

Assalamualaikum..

Ya Allah..lamenye tak mengupdate blog ni..byk je entry nak dibuat, tp ntah kenapa, ade sifat M dalam diri tu kuat sangat..dah buat entry, publish nye tak pon..dah taip panjang2, pastu saved kan je jadik la draft dalam blog ni..mmm..

oklaa sempena bulan Syawal ni, syiekin nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata, mengguris hati dari segi perbuatan atau pon perkataan, sesungguhnya syiekin ni hanyalah insan biasa, yang tak lari dari membuat salah..selamat hari raya ye..

mmm pasal syawal kami tahun ni, sama je mcm tahun2 sebelumnya..tahun ni kami tak sempat nak beraya sakan sebab aish tak sihat..kalau mcm tahun 2011, kami beraya di rumah je sebab aish discharge dari wad sehari sebelum hari raya disebabkan pneumonia (boleh baca di SINI) , tahun 2012 kami berlari ke Hosp Normah, Kuching 2-3 hari before raya jugak sebab aish sakit di bahagian operation hernianya, dan tahun ni, pon lagi sekali kami beraya di Hosp Kempas..

Memang tak sangka aish boleh demam panas smpi teruk mcm ni sebab masa hari raya pertama, memang ligat, aktif, takde simptom2 demam atau lesu pon..raya pertama kami beraya di Kulai(kampung suami), dan petang sikit kami ke Pontian melawat sedara mara belah ibu mertua..

Lepas Maghrib, kami bersiap2 balek ke Mutiara rini..memang aish ok je..main lasak..ceria..gembira..tp tue laahh, kalau dah namanya takdir kan? mmm..perasan badan aish panas pukul 4pagi, bila dalam tidur aish mcm resah gelisah, nafas pun bunyi kuat..biasanya, kalau die mcm tu, mesti sebab tak sihat..bila rasa badan, memang panas..terus bg aish makan PCM, dan die pon nak tido dipelok..(memang tanda2 tak sihat la tu kalau die nak tido smbl dipelok dalam keadaan mcm kene dukung tu) bila dah lena, br letak die baring balek..

bangun pagi, masih lg panas(tapi die mcm aktif sikit), mandikan aish, bg ubat PCM lagi dan lepas tu terus nampak die melepek..bila rasa panasnya lain mcm, kitorg bawak ke klinik berdekatan..ohhh raya, klinik banyak yang tutup, nasib baek Poliklinik Penawar bukak..Doctor check, masukkan ubt bontot sbb panas 39.5C, bagi ubat bla3, doctor suruh sponging dalam 6jam, then baru bagi makan PCM balek..selalunya, aish memang akan marah kalau kita sponging die, or letak kool fever dkt dahi..tapi kali ni, die mcm redha je..takde kudrat nak marah or merengek..kesian sgt tgk die masa tu..bila sponging atas, bawah panas, bila sponging bawah, atas plak panas..

::tuam aish masa dkt rumah::

Lepas 6jam sponging, temp takde ciri2 turun, demam mcm tak kebah, aish makin cranky, so kami bawak die ke Hosp Kempas..masa dkt Emergency Dept(sebab masih public holiday), temp aish 40C!! terus dimandikan air sejuk oleh nurse2 dkt sana, masa tu mmg luluh hati dengar die menjerit..tapi tahankan je sebab takmo la nangis dpn aish, t die lagi sedeh..uhuuhuhuh..lepas kene mandikan, masukkan ubat bontot lagi sekali dan admitted ward..memang dah jangka pon sbb temp die terlalu panas, and kitorg mmg dah prepare siap2 baju semua..

::masa aish baru masuk ward, memang melepek::

so, bermula la perjalanan hari raya ke2 dan seterusnya kami hanya di hospital kempas..aish ok tak melalak cuma masa bg ubat, die menjerit2..ihihihih..tp nurse dkt sini pandai pujuk budak..so aish mcm tak rela makan ubat pon, makan jugak laa..ahahahah..

::bonding time dengan papa::

raya ke3 tu aish demam dah ok, cuma temp on off kejap naek, kejap normal..so, mmg kene monitor temp die..tp sbb tak cantek sgt temp die, kitorg takle discharge..ape yg aku suke doctor pakar yang merawat aish ni, aish demam panas, tapi die check keseluruhannya..hidung, telinga, perut, berak, kencing semua die check..aish ni kan susah berak, so nak tak nak, die nak monitor berak aish gak..bape kali kencing, bape kali berak, taik yang kuar tu taik baru ke taik lama, semua die check..dan doctor tu pon tak lokek share tips2 kesihatan anak..cara nak check perut anak byk taik ke tak..nak tau nape die tak nak makan sbb ape..mcm2 lah..ihihihihih..


aish ni, dah dibagi makan ubat selsema pon tak ngantok2..actually die ngantok, tapi tak nak tido sebab takut kene tinggal..uuhuhuh takkan la aku nak tinggalkan die plak kan..sabar je laa..


raya ke4, aku dan fauzi dah rasa agak stresses ddk dlm wad..uhuhuhuh bukan kitorg je, aish pon sama..bila bilik penuh dgn patient, peel budak2 sakit ni bukan kita boleh handle mcm tu je..kalau org tua sakit boleh la nak mengadu, nak bercakap..bila budak2, nangis je la jawabnya..3patient budak, 3 macam perangai..bila sorg menangis, yang 2org pon nak lawan menangis..memang aku stress sgt mcm letih sgt aku rasa..physically and mental..mcm aku mmg tak keluar langsung dari hosp tu, papa die keluar la jugak balek rumah ambil baju, belikan makanan..mcm aku? uhuhuhuh menangis..




ihihihi masa ni mmg tercabar sgt rasanya..dengan penat letih jaga aish, tidor tak betul both mama and papa, malam tu, aish dah tdo sbb memang die lepak abis laa, tp patient lain meraong2 menangis..aku risau je kalau aish bgn, die pon join orkestra sekali..t aku yang join budak2 ni menangis kang..uhuhuhuhu..masa tu aku rasa lemah sgt..aku tgk hubby pon muke dah ala2 poyo(ahahahahah sian die)..tp mmg kitorg rasa stress sgt malam tu..masa tu la rindu dgn segala macam yang ada dkt rumah..ahahahaha..
 
::TQ aunty Ctah sbb visit aish..::


At last, discharge jugak kami akhirnya..setelah 4hari beraya di hospital Kempas..Thanks utk yang mendoakan kesihatan aish, yg datang visit aish, bawak buah tangan, tq byk2..kami suami isteri sgt menghargai semuanya..so sekarang kami masih monitor progress kesihatan aish since doctor mmg bgtau, sbb temp die tak berapa nak cantek(tapi di bawah skala demam), so kemungkinan utk demam balek tu ada..sekarang masih on medication, hopefully die makin sihat lah..

hari selasa tu, memang aku dan poji lepak pengsan tidur dkt rumah..aku bgn pon bila time makan ubat aish je, yg lain mmg ganti tidur..aish? atok dah balek dari sarawak hr selasa tu jugak, semua pon pengsan dkt rumah sbb atok, nenek and kema pon kepenatan buat makan2 di swk, so aish layan katun sorg2..oklaa die tak cranky(ke aku yg tak sedar sbb tido mati aku pon tak sure ahahahaha)

so, tu lah perjalanan hari raya 2013 kami..tak smpt nak berphotoshoot dengan famili mertua..takpe lah..oklah..selamat hari raya, maaf zahir dan batin!!

p.s: aku teringin nak makan lemang dan rendang daging..uhuhuhuhu..



Wednesday, March 13, 2013

Hari Wanita Antarabangsa

Assalamualaikum..

sempena Hari Wanita Antarabangsa bertarikh hr ni 8 Mac 2013, Syiekin nak buat jualan harga runtuh sikit khas untuk wanita2 yang ingin cantik dan sihat di luar sana..

Sebelum tu, syiekin share sikit infor pasal Hari Wanita Kebangsaan nie..


Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. 

Tuntutan wanita
  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .[2]

Nabi Muhammad dan Wanita

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Rujukan : SINI


Ok..promosi yang syiekin nak bagi nie adalah seperti di bawah..

BBPLUS KOLAGEN*
RM180/kotak
RM480/3kotak FREE sample LACTOLITE YOGURT

LACTOLITE YOGURT*
Info : LACTOLITE
RM150/kotak 
RM420/3kotak FREE sample BBPLUS KOLAGEN


HERBA MAHARANI*
RM65/kotak
RM190/3kotak FREE sample GARAM BULUH PREMIER DRINK


MARINE ESSENCE SOAP*
RM105/kotak
RM300/3kotak FREE sample GARAM BULUH PREMIER DRINK

bagi yang berminat nak dapatkan harga promosi sempena hari wanita kebangsaan, boleh buat order ye..promosi nie akan open sampai hari selasa..opss..lupe pulak akan ada harga postage ye..:)

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA


SYIEKIN AZAM - ABOUT ME


012 - 689 1643



Tuesday, January 1, 2013

bye2 2012, welcome 2013

Assalamualaikum..

::ihsan mr google::

feeewwwww...hr nie 31/12/2012..hari terakhir dalam tahun 2012..alhamdulillah syukur sgt sebab masih diberikan peluang untuk hidup dengan bahagia sepanjang tahun nie..

so ape azam korang? hewhewhew mcm biasa, azam aku tak berubah dari 29tahun yang lepas, sebab nama ayah aku Noor Azam..ok bye tak lawak pon..ihihihihihi..

oklaaa..sepanjang 2012 nie, byk pahit manis masam masin yang telah aku lalui..dari kisah keluarga, hinggalah kisah bisnes yang aku jalankan, termasuklah kisah rumahtangga, dan juga kisah anak bujang ku yang seorang itu..

tapi apepon, aku bersyukur dengan semua yang aku hadapi sepanjang tahun tue..apa yang aku lalui, pahit getir masam masin aku jadikan pengalaman dalam kehidupan, mana2 yang manis aku jadikan kenangan dalam ingatan..

dan juga, aku berharap dengan mulanya tahun baru 2013, InsyaAllah semoga pintu rezeki dalam perniagaan diperluas seluas2nya..semoga semua urusan perniagaan dipermudahkan..amiiinn..
aku suke buat biz nie..seronok ada kawan baru..:)

dan juga, aku berharap en suami dapat panggilan untuk balek berkhidmat di johor..sedeh je bila jauh2 mcm nie..2tahun tuuuu..aish skang pon dah pandai merajuk bila papa die nak balek penang hari ahad malam..pastu malam merajuk takmo tdo dgn mama, pastu tgh malam ngigau2 panggil papa..tak sedeh ke kalau smpi mcm tue sekali? uhuhuhuhuhu..semoga ada rezeki suami di johor..amiiinnn..

dan juga, semoga ada rezeki adek Aish tahun nie..amiiiinnnn..ihihihihi..



oklaaa..

HAPPY NEW YEAR!!!!

P.S: Actually wat schedule utk entry nie, tak dipublish pulok mlm td..ihihihihi..

Wednesday, October 24, 2012

Puasa Arafah dan Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..

Semua kita pon tau kan yang kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada jumaat 26/10/2012..Esok pulak, Khamis 25/10/2012(9 Zulhijjah) adalah hari yang disunatkan untuk kita berpuasa Arafah(bagi org yang tidak mengerjakan haji)..


Info kredit to : Saudara Shahmuzir

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.


fuuhh..tak sangka..setahun yang lepas aku melalui pengalaman mengerjakan haji..setahun tu kejap je rase..perasaan rindu dkt rumah Allah, tak terluah dengan kata2..rindu sgt..uhuhuhuhu..

masa tahun lepas, kalau boleh aku nak jadi org yang terakhir balek ke Malaysia..ihihihihi..tapi tak dpt la kaann..uhuhuhuh..aku teringat kata2 Tuan Haji Abdullah, masa dkt mekah dulu..

"kerinduan dkt keluarga di malaysia takkan dpt mengatasi kerinduan dkt mekah&madinah bila kita dh ada di malaysia.."

Oklaa..uhuhuhuuh..semoga Allah beri rezeki aku dan suami dapat buat haji dalam usia yang muda nie..amiiinnn..

Dedicate dekat semua pic Kaabah masa aku solat subuh tahun lepas.. Rindunyee.. :)


P.S: Selamat menyambut Hari raya Aidil Adha untuk semua..esok aku cabut gigi, mcm tak dpt je nak berpuasa esok..harap2 tak demam..

Friday, August 26, 2011

::selamat hari raya 2011::

salam sumer..

i'm in kl..
dari ahad lepas..
dah detached from site(JB) and skang dah dkt KL terus..
InsyaAllah smpi 1st jemaah punye penerbangan..

seminggu nie rindunye dkt aish..
tp nak kene prektis kawal emosi sbb nanti dkt mekah lagi la lame..
InsyaAllah balek Malaysia in December..
doakan aku selamat pergi dan pulang Malaysia ye..
amiinn..

so seminggu nie Alhamdullilah masih smpt wat stok utk aish..
walaupon Aish takde, hasil yg dpt pon tak berkurangan..
tapi balek raya nanti nak Aish DF jek..
sbb tak puas bile pam je tanpa ade DF..
serius mcm tak puas..
ihihih..

so, hari nie last day kerje since office pon bg cuti ehsan on next Monday and Friday..
alhamdulillah..
sempat la nak manje2 dgn aish and papa..
ahahah ade gak ehh manje2 dgn papa? ehem ehem..
lepas raya nanti aku balek ke KL balek and maybe jadual kitorg pack dengan more training on the system dan juga preparation for SOP and  others..
tak tau la sempat balek jb ke tak wikens..
kalo sempat aku balek laa..
nak hantar susu beku dkt Aish..

esok nak shopping kejap dgn hubby dkt jalan TAR..
since hubby drive dr Penang, and die malas nak straight balek JB today..
esok kita shopping!! yeay..

oklaa..
di kesempatan nie..
kami sekeluarga..
Fauzi, Syiekin dan Faiz Zhafran nak ucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
kalau ade salah silap, harap maafkan..
halalkan makan minum..

::pic raya tahun lepas::


P.S: Terasa mcm perantau plak raya tahun nie..lame dah tak usung beg nak balek kampung..ihihihi..


Wednesday, February 16, 2011

::salam rabu::

salam sumer..

selamat menyambut Maulidur Rasul semalam..

seronok dpt bercuti..
ahahah sape la yg tak suke cuti kan?
semalam bgn awal..
sbb dak kecik nie bgn awal..
konon2 nak la bgn lmbt skit..
tapi jarang la dpt bgn lmbt..
slalu kul 7am tue dah bgn..
(lepas subuh smbg tdo balek)
sbb nanti ade je makhluk kecik yg pnjt2..
tarik2 idung..
bebel2 papapapa...
mamamamama..
ok fine Aish, jom turun..

bile kat bawah,
bukak tv and tgk perarakan Maulidur Rasul tue..
pastu teringat mase kat skolah..
rmi2 berarak n berselawat ke atas Nabi..
best kan tgk?

ehehehhe..
tue je laa..
takde idea nak tulis pasal ape..
ade keje nak buat..
nie curik mase kejap..
kejap je..
KEJAP JEK LAAA...
ahahahahha..
emosi!!!

klaaa..tata..

Tuesday, January 4, 2011

bye2 2010, welcome 2011


wahh dah 2011 dah skang..
kejap je rase 2010..

so, aku compilekan secare ringkas je la memori 2010 aku..

::JANUARI::
melahirkan Muhammad Faiz Zhafran

::FEBRUARI::
my birthday as a wifey & mama, tp celebrate makan kek je..
pantang in progress..

::MAC::
my best cousin's wedding

::APRIL::
besday hubby, makan2 biase jek

::MAY::
adek ipar tunang + Aish akikah

::JUNE::
tak de pape kot..tak ingat..

::JULY::
Aish akikah & kenduri kesyukuran

Aish 1st time mamam, aku complete 6months BF

::AUGUST::
bulan Ramadhan

::SEPTEMBER::
AidilFitri di Kuching

::OCTOBER::
hubby dpt panggilan keje ke Poli Seberang Perai..uhuhuuh..

::NOVEMBER::
wedding kezen Hubby dkt KL

::DISEMBER::
Aish dah nak setahun
aku dah BF Aish hampir setahun, Alhamdulillah
tgh prepare utk wat Birthday party Aish
bola Malaysia MENANG!!! yeay!!!

so tue jek la utk thn 2010..aku berharap 2011 nie bawak lebih byk rahmat, diperluaskan rezeki,
dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan yg baek..AMIIINNNN...

azam 2011?
ntah..tak tau lg..ehehehhe
ape2 pon, aku harap kasih syg kami sekeluarga bertambah erat,
walaupon aku & Aish kat jhr, hubby kat Penang..




Thursday, December 30, 2010

harimau malaya

Auummmm..

malam td tgk bola..
malam hr tue mase game kat Bukit Jalil pon aku tgk gak..
tapi kat tv jek laa..
sian Aish terkejut mase gol pastu die menggelabah..
apsal la org kat umah nie menjerit2..
ahahahha...
pastu aku cover konon2 hepi takmo die nangis..
main tepok amai2..
pastu die layan mama die tepok tgn..
ehehhee..

malam td pon same..
bile gol je die dh menggelabah org umah jerit2..
aku mcm biase laa kene main pok amai2..

ehehhehe..
ape pon, aku bangge dgn team Malaysia..
lg2 dgn goalkeeper malaysia..
dengan safee..machos...

dah laa malas nak update pjg2..
tgk pic dorg jek..
::die dah ade gf::jgn nangis ye awek2 single kat mesia:: :D
 sini2 tgk GF die..

::Mohd Safee Mohd Sali:: 

::luv u team!! ::

::proud to be Malaysian:: 
ohh esok cuti umum..
PM announce cuti..
so aku bercuti jumaat, sabtu, ahad & isnin..
bbsitter nak apply cuti isnin nak anta anak die darjah1 gi skolah..

hubby plak balek mlm nie..
yeay!!
auuummmm..

::ultraman tak turun padang mlm td::

p.s: lawak dgn cite laser mata laa, ultraman laa, bra laser laa..;))


Tuesday, November 23, 2010

cuti yang panjang

salam semua..

lame nye tak menjengok blog..lastwik cuti byk sgt..nape byk?

rabu - cuti umum raye aji
kamis - EL..aish demam selsema..uhuhuuh..die kalo demam, mmg kuat merengek..
nak pelok jek..uhuuhuh...
jumaat - EL lg..kamis tue Aish mcm dah ok..tp malam tue,
die tak dpt tdo..and mama Aish terpakse la jd zombie
dokong die, pelok smbl die tdo..letak atas
tilam je menangis..uhuhuuh..
sabtu - gi umah in law tgk baby baru..Aish malu2 kucing
jumpe adek baru die..ahahahha..(gedik!!)
ahad - lepak2 umah je..
isnin - cuti lagi..public holiday utk johor..

haaa..lame kan cuti? tapi, bile cuti Aish tak sehat, tak best..sbbnye die asek cranky, nak pelok, nak dokong,.
patah pinggang mama..uhuhuuhh...

ok2..t wat entry lain..lame sgt cuti, ade byk yg nak di taip..ehehhehe..

Tuesday, September 7, 2010

Esok balek yeay!! Esok balek yeay!!

Ehehehhe..esok ptg kami anak beranak akan pulang ke kampong halamanku di Sarawak untuk berhari raya..Last year raye di JB, so this year balek la ke Sarawak..bukan slalu pon balek Sarawak, so mase yg ade nie, kene gune sebaik2 nye..Yang bestnye, tahun nie kami akan berhari raye 3orang sbb ade Aish..ehehehe..last year 2 ½ orang(aish dlm perut lg..ehehhe) bestnye nak balek swk..byk agenda yang nak dibuat kat sane..misi mencari kek lapis berlapis2..nak makan mee kolok, teh c special, umai, kuih2 sarawak(mm kalo mention name, tak reti plak nk explen rupe kueh tue cemane..) , abc mata buta(ahahahha..sedap woo), rojak sotong, ayam pansoh..adoi..sumer agenda makan ke? Ahahahha..ghumuk la aku camni..:D



Mmm harap2 aish will be gudboy dlm flite esok..nebes plak rase sbb 1st time bawak naek flite dulu, die baby lg..so, takde hal bawak..nie dh lasak, dgn suke panjat2, takut dgn org tak kenal, skit2 mamamama, mama gi dapo pon menjerit sekuat hati macam kene pukul, nebesnye..uhuuhuh..jiran dgr wat malu jek..ape la org seblah nie anak melalak2 mcm tue skali..ahahhaha..Aish, behave okay..kalo gudboy dlm flite, mama upah susu..



So kengkawan semua, selamat hari raye maaf zahir dan batin…minta maaf kalo ade salah silap terkasar bahase, menyinggung perasaan dan sebagainya..biase la kita nie insan yang lemah..kadang2 kita cakap, tak mean pon nak lukekan hati orang..minta maaf ye semua..halalkan makan minum terbelanje kerepek ke ape ke ehh… p.s: ohh malam nie aku kene dtg opis sbb ade downtime kul 10pm..so kene la stand by kat opis..balek ptg nie nak final packing barang2, lepas buke pose tdokan aish, nenen smpi kenyang, pastu gerak2 khas gi opis..hopefully mami dapat handle aish…and hopefully gak malam nie tak lame kat opis..


:: SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...