iklan atas

Mari mari mari..

Thursday, March 28, 2013

Senarai Agen Dropship Syiekin :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Ingat tak entry Syiekin mencari Agen Dropship hari tu? Boleh refer SINI ye kawan2..
syukur sebab ada jugak golongan wanita yang berminat nak jadi agen dropship Syiekin..Niat syiekin involve dalam bisnes nie, biar lah kita sama2 saling membantu orang lain untuk dapat rasa apa yang kita dapat..jangan simpan sorang..tak baik tau ihihihihi..

cth nya macam Millionaire Project, objektif kumpulan Top Leaders Circle adalah untuk lebih ramai lagi golongan wanita(tak kira professionals, housewives, student, yang nak wat part-time/full-time biz) dapat capai simpanan tertinggi dalam tempoh 3-5tahun..nak tahu lebih lanjut? bgtau syiekin..byk lagi penerangan yang perlu disampaikan agar orang luar sana paham konsep perniagaan yang kami jalankan.. :)

so hari nie syiekin nak kenalkan beberapa agen dropship syiekin yang boleh anda hubungi untuk dapatkan stok mengikut kawasan..kalau tak dpt contact syiekin, contact dorg pon boleh.. :)

:: CT Hanie - Kawasan Gelang Patah, Johor Bahru ::

:: Hidayah - Kawasan Nilai, Negeri Sembilan ::

:: Fatin Zahirah - Taiping, Perak ::

:: Aieda - Kuantan, Pahang ::

:: Fara - Kajang, Bangi, Serdang ::

:: Izzatul Idyani - Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Puchong::

::Mastura - Gombak, Sentul, Lembah Pantai, Cheras::

::Suzana - Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang, Kelantan::

No tepon dorang, nanti aku dapat kan permission dari dorg dulu ye..kalau boleh publish, aku update balek entry nie..kalau tak, terjah FB dorg pun boleh :)

so, anda2 yang tinggal dalam lingkungan kawasan2 yang dinyatakan di atas, boleh la order sabun pencerah ketiak aka marine essence soap, lactolite, herba maharani atau mana2 produk lain dari dorg ye..

Ada sebarang pertanyaan boleh contact syiekin seperti di bawah :)

lola_kynai@yahoo.com
atau call/msg
012-6891643

FB : Syiekin Azam


Tuesday, March 26, 2013

Info: Khasiat Garam Dalam Kehidupan Seharian Kita

Assalamualaikum..

Hari nie Syiekin nak share serba sedikit pasal garam..Biasanya kalau kita dengar garam, kita akan kaitkan dengan makanan.."masin laa, mesti tukang masak nie nak kawen", "tawar laa, letak laa garam lebih sikit" ahahahah macam2 kan? ok..selain daripada untuk digunakan dalam masakan, garam pun boleh digunakan untuk bende lain jugak..So, sini syiekin sharekan info yang syiekin jumpa serba sedikit pasal garam ye kawan2.. :)

::ehh ehhh bukan salt nie..ni Angelina Jolie laaaaa!! ::

::haaa nie laa Salt yang sebenarnye::

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian di muka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.
Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun perlu dimasukkan garam untuk menambah rasa/selera.
Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin. Garam berasal dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.
Banyak kegunaan garam;
  • pengawet ikan supaya tidak busuk.
  • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
  • Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
  • Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.
Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan. Maka terjadi lah darah tinggi. Kenapa boleh terjadi? Kerana nafsu makan, makan apa saja ikut nafsu.
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
  1. Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut. (Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)
  2. Kalau tinggal di bandar macam KL mana ada pantai kan. Jadi goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian bungkus dengan kain dan demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit.(Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)
  3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Jika sakit lelah demah/tuam tapak kaki.(Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)
  4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan(Boleh la Minum Air Garam Buluh)
  5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll – minum air suam dan sedikit garam.(Boleh la Minum Air Garam Buluh)
  6. Mencuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.(Boleh la Minum Air Garam Buluh)
Rasulullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
  1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.(Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate, ohhh Aish memang tidur lena sejak kitorg gunakan BVSleepmate nie, kalau tak asyik merengek2 jee)
  2. Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.(Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)
Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita dirahmati oleh Allah.
INFO COPIED HERE

So cemane? banyak kan kegunaan garam ni..ok..sempena hari ni info tentang garam, Syiekin nak share jugak la produk2 yang berasaskan garam dalam Hai-O nie..


::Sabun Garam Buluh, Info SINI::

::ME Bodywash and Shampoo, Info SINI::

::Garam Buluh - Minuman::

::Garam Buluh - Masakan::

::Mineral Coffee:: 
bapak aku minum coffee nie tiap2 malam, alhamdulillah, die dah tak sakit tumit bila dia pijak lantai pg2 lepas bgn tidur..seronok bila dia ckp mcm tu :)

::BioVelocity Sleepmate, Info SINI::

Ok lah..semoga apa yang syiekin sharekan hari nie, mendapat manfaat untuk semua yang membaca!! :)


Friday, March 15, 2013

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Assalamualaikum..

Haa tgk tajuk pon tau, hari nie aku nak cite pasal mandi..

mandi sebelum subuh..sape yang ada bgn awal2 pagi and mandi before masuknya waktu subuh setiap hari?
sila angkat tangan..cepat ihihihihih..

ok..mcm aku, mmg diakui aku mandi lepas subuh..errr lepas subuh aku tdo balek sebenarnye and bangun balek masa nak gi kerje..uhuhuhuhu tak bgs sebenarnye..

tadi jalan2 cari info kesihatan dan kecantikan, terjumpa la satu artikel nie tentang kebaikan mandi sebelum subuh..jadi aku sharekan dengan kawan2 semua ye..INFO DIAMBIL DARI SINI..



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...


emm..byk kebaikan mandi sebelum subuh nie kan? lepas siap2 mandi dah boleh solat subuh..elok kalau tak tido balek uhuhuhuhu..insyaAllah nak cuba tak tdo balek lah..

so kengkawan, mana yang elok, boleh la kita sharekan dengan kawan2 yang lain ye..salam hari jumaat!!


Thursday, March 14, 2013

Mencari Agen Dropship

Assalamualaikum..

Weehee alhamdulillah..3 hari bercuti, order masuk seperti biasa..alhamdulillah syukur..biz online nie senang sebenarnye..promosi barang2, update blog..jumpa org, dapat kawan baru, share pasal kesihatan, kecantikan..best3..

ok, sekarang aku nak carik utk agen dropship pulak..Ape maksud dropship tu?

Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal.Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Kenapa aku perlukan agen dropship?
Buat bisnes nie unik..ada yang mampu keluarkan modal..ada yang tak mampu keluarkan modal, tapi hati nak berniaga..So, untuk golongan yang nak buat bisnes, tapi tak dpt nak keluarkan modal, boleh lah jadi agen dropship nie..senang, takde modal..jual pun barang2 kecantikan, kesihatan yang biasanya akan ada repeat order..

Apa yang anda perlu lakukan?
Reseller : agen dropship
Buyer : kawan2 yang nak beli barang2 promosi
Dropshipper : aku le ihihiihihih..


haaa nampak tak cara dropshipping nie cemane?

Jadi untuk wanita2 yang nak jd agen dropshipping(especially utk housewives, students, yang nak part time), boleh email syiekin dengan subject: Agen Dropship

Nama:
No Telefon:
Lokasi:

to
lola_kynai@yahoo.com
atau call/msg
012-6891643

FB : Syiekin Azam



Wednesday, March 13, 2013

Hari Wanita Antarabangsa

Assalamualaikum..

sempena Hari Wanita Antarabangsa bertarikh hr ni 8 Mac 2013, Syiekin nak buat jualan harga runtuh sikit khas untuk wanita2 yang ingin cantik dan sihat di luar sana..

Sebelum tu, syiekin share sikit infor pasal Hari Wanita Kebangsaan nie..


Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. 

Tuntutan wanita
  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .[2]

Nabi Muhammad dan Wanita

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Rujukan : SINI


Ok..promosi yang syiekin nak bagi nie adalah seperti di bawah..

BBPLUS KOLAGEN*
RM180/kotak
RM480/3kotak FREE sample LACTOLITE YOGURT

LACTOLITE YOGURT*
Info : LACTOLITE
RM150/kotak 
RM420/3kotak FREE sample BBPLUS KOLAGEN


HERBA MAHARANI*
RM65/kotak
RM190/3kotak FREE sample GARAM BULUH PREMIER DRINK


MARINE ESSENCE SOAP*
RM105/kotak
RM300/3kotak FREE sample GARAM BULUH PREMIER DRINK

bagi yang berminat nak dapatkan harga promosi sempena hari wanita kebangsaan, boleh buat order ye..promosi nie akan open sampai hari selasa..opss..lupe pulak akan ada harga postage ye..:)

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA


SYIEKIN AZAM - ABOUT ME


012 - 689 1643



Thursday, March 7, 2013

Hello Kitty Land Town & Little Big Club : Part 1

Assalamualaikum..

emmm tak byk lg pic yang ada pasal holi holiday aku, kema and aish dkt Hello kitty town nie..byk pic dalam tepon kema..weekends nie br nak copy..uhuhuhuuh..
so pakai je la mane yg ade heeehhhh..

Kitorg pegi masa birthday aku(ahahahaha perlu ke nak mention birthday tu? ahahahha) Seawal paagi2 lagi aku dah kerah dorg bgn sbb tak nak miss schedule yang dah disediakan..bukan aish yg excited, mama dan wushu die yg terlebeh excited tau..sebab kitorg pergi masa weekdays, so tak la ramai sgt dekat sana..parking pon senang..yeaaayy..

aku beli tiket untuk dua2 pass, Hello Kitty dan juga Little Big Club..
dekat Hello Kitty, ada hello kitty and the gang je laahh(aku kenal hello kitty je..baru tau ade karektor lain Daniel, Melody, Badz Maru)..and ada jugak yang jahat..aku tak tau name die..sebab muke same kan..bj je lain2..ahahahahha name pon kucing..

yang Little Big Club tu pulak ada Pinggu, Barney, Bob The Builder, Thomas and Friend, Angelina Ballerina..

dekat sana pulak ade 4floor..
1st floor - kaunter beli tiket, kedai gifts, restoren
2nd floor - Hello Kitty Town
3rd Floor - Little Big Club
4th floor - tempat2 main..

tiket?
RM85 untuk dua2 pass..tak kisah la kau tua ke budak ke harga sama rm85..budak bawah 3thn FOC..
kalau satu pass je(Hello Kitty Town atau Little Big Club RM50)

so, ape yang kitorg buat dekat sana? let's check it out!! (eceh)

::jadual Hello Kitty Town::

::jadual Little Big Club::

Memang kitorg follow schedule ni dari awal smpi laaaa petang..ahahahhaha..memang best!! dah la masuk2 awal pg tu, terus terserempak dengan Barney and Bob The Builder..aish? ahahahah mule2 keras sbb maskot2 tu kan besar..tp budak2 yang bawak maskot tu pandai attract budak2 yang takut2 ni..dorg tau cemane nak buat budak2 yg takut dengan maskot2 besar tu..dorg ckp "adek, tgk laaa barney nie..die kan baeeeekkkk" sambil dorg pelok2, gosok2 perut barney yang gemok tue ahahhaha..so bila kita bawak aish dkt dengan barney, barney tu gosok2 kepala, nak salam blablabla, dah tak takut dah..(aish siap salam cium tangan tau..ahahahahha sopan tak anak bujang aku tu? )

then kitorg follow je dorg nye schedule..join activity2 yang disediakan..pasal tmpt makan pulak, aku suggest korang bawak la food..agak mahal dkt sana..(sorok la letak dlm beg, simpan dalam locker) agak2 lapar, gi la makan..aku tgk ada yang siap bekal bawak tupperware untuk dorg satu family..uhuhuhuh..

surau disediakan, toilet bersih..masa show program, bukan setakat budak2 je yang seronok..mak budak, bapak budak semua kalau boleh nak pergi pelok maskot2 yang buat show..saje je makbapak dokong anak2 kecik dorg gi dekat stage ahahahha..aish kelakar..masa show tu, ada laa yang panggil budak2 nie join menari dengan maskot sekali..ramai budak2 serbu nak pelok2 hello kitty laa, barney etc, aish pon same mencicit je lari ke depan..sekali die tgk aku takde(takkan aku nak join menari dekat stage pulak kheeeennnn) ahahahhahaha, die dah patah balek..malu2 ntah pape je..akak penari tu tarik2 tgn die, aku dah tolak2 suh die join, malu la pulak..ayooo..

fuhhh sampai petang kitorg dekat sana..aish enjoy, wushu enjoy, mama apetah lagi kan? memang best..recommended untuk yang ada anak2 besar aish laa..boleh join main game dekat tingkat atas sekali..ade atok and nenek cine tu sweet sangat..dorg main semua game yang ada dkt sana..naek merry go round kau tau..sorg satu..ihihihihi comel je aku tgk..

lastly, bile dah petang, semua dah setel, kitorg pun balek..sedeh sebab kene tinggalkan hello kitty..oklah..ni amik skit dulu pic..nanti dah amik pic dari kema, aku wat entry lg k?

::yeaaayyy aish dah sampai!!::

::comel kaaannn?
::best best best!!:: 
::TQ wushu for the birthday gift!!:: 
::meleleh2 air liur aish kepenatan jumpa hello kitty hihihihi::



Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu : Perwira Malaysia

Assalamualaikum..

Sedeh..Sebak..Menangis..Sakit Hati..Geram..Marah..
macam2 perasaan ada dalam hati bila baca pasal kes Lahad Datu..
Bukan politik yang aku nak cuba ketengahkan..
tapi tentang kemanusiaaan dalam hati orang2 yang pandai berkata2..
pandai menghukum..
pandai mengkritik..
pandai serba serbi..
cuba kalau kau yang disuruh ke sana, gantikan tempat2 mereka yang sanggup tinggalkan keluarga..tinggalkan isteri..anak2..mak ayah..kau sanggup?

::Perginya anak, suami dan ayah :(( ::

uhuhuhuhu semalam aku tgk live TV3, ketibaan jenazah2 Perwira Lahad Datu, aku menangis..mereka takde kaitan kekeluargaan dengan aku pon..tapi aku menangis..sebab mereka korbankan nyawa mereka dari serangan musuh hanya untuk negara kita..
tu pon kau2 semua banyak komplen kan? 
dihantar naek AirAsia pon kau cakap konspirasi..(tak paham aku dengan org2 yg hati busuk mcm nie)

heii..mereka dekat sana bersabung nyawa nak kekalkan keamanan negara kita..
kau dekat rumah buat ape?
komen2 FB, komplen2, sindir2, kutuk2..
ada kau masuk hutan jaga keselamatan negara?
tak kaaaannn..

daripada semua asik nak bergaduh, pertahankan itu ini, baek kita semua bersatu hati demi negara kita yang satu nie..kita doakan keselamatan perwira2 kita yang berada di sana dalam misi keamanan ni..lupakan semua politik2 nie..semoga Malaysia kembali aman..Amiiinnn...

kepada semua perwira2 Malaysia, kami sangat bangga dengan anda semua..terima kasih kerana tanpa anda semua, kucar kacirlah Malaysia..Semoga anda semua dilindungi Allah..:)

mari kita sedekahkan AlFatihah untuk perwira2 yang telah pergi meninggalkan kita..


P.S: Semoga Allah melindungi saudara2ku di Sabah..Amiiinn..



Friday, March 1, 2013

Testimonial Sendiri: BioVelicity Sleepmate

Assalamualaikum..

Pheww..dah seminggu lebih aku tido bertemankan BioVelicity Sleepmate..
perasaan hari pertama? memang best!!

Bangun pagi seawal Subuh, then tak dapat tido dah smpi malam..selalunya siap2 Subuh je berebut2 nak masuk balek dalam selimut..uhuhuhuhu..katil tu memanggil2 je..bila nak bangun balek pergi kerje, ntah berapa kali snooze jam ahahahhaha..memang malas, tak sedap badan, bosan..haaa lebih kurang mcm tue lah..kalau boleh jalan sambil tdo pegi mandi dan siap2 pegi keje..

sekarang ni, kalau dah siap2 subuh, terkebil2 bijik mata sbb nak tdo balek tu dah susah..ayoooo dulu berebut2 kalau boleh nak tdo sehari je rasa..tp sekarang, once dah bgn, rasa cergas, bertenaga, takde rasa lesu and aku suke bila tak sakit leher bgn pg..aku nie tak tau laa kalau dulu bila bgn je, mesti rasa sakit leher..cam terseliuh bantal pon ada..lepas exercise leher sikit, br ok..

bila pakai BVSleepmate nie, (sebab saiz nya Queen size), automatic si Aish pon dapat manfaat masa tido..kalau dulu, Aish memang jenis tido terjaga2 tengah2 malam..mana yang mintak popok, mintak pelok, ngigau nangis2(yang ni standard kalau die terlebih penat or terlebih main di siang hari), nak tido mama kene ngadap dia(kalau mama tukar position tdo, nanti die terjaga pastu ckp "tdo la pelok aish, aish kan geng mama") uhuhuhuh padahal tengah tdo tue..kompius aku kadang2 ahahhahaha..tp so far after seminggu tdo dengan aish pakai BVSleepmate, Alhamdulillah..Aish tdo lena saaaaammmmpaaaaiii pagi..kadang2 kalau aku tgh siap2 nak gi kerja, aish dah bangun, cranky nak kokong, nak itu nak ini..alhamdulillah..sekarang dah makin ok..maybe sebab tido lena, badan cergas, so bangun tu tak la nak cranky2 sgt..

ok ni lagi satu..aku pon mcm tak sangka sebenarnye..bawah ni aku post dlm FB aku Rabu lepas..betul..mende2 mcm ni kan, bila kita dah guna, kita sendiri yang rasa perubahan dekat diri kita..kadang2 bila dengar orang lain cerita, kita macam ye ke..ye ke..ellelelelel mcm tak tau korang mcm tu ihihihiih..aku pon same dulu2..mcm tue lah gak..tp aku percayakan produk yang dikeluarkan oleh Hai-O nie memang ada something..dari segi keberkesanan, kualiti..:)


ok note yang aku maksudkan, yang dalam kotak merah tue..korang nampak, nampak tak? ihihihih..
p.s: view dari cubicle aku..

actually aku hari2 pon tengok sign board tue..sebab kadang2 bila tgh pikir pasal kerja, or tgh pikir cemane nak wat kerje, even bila pikir pasal masa depan(ececece), tu je la yang aku pandang..(selain tgk pic aish masa baby tue kaaann)..aku memang tau signboard tue adalah "KELUAR/EXIT" (tgk contoh kat pic depan tue..siap ade pic org nak lari keluar dari pintu).. ihihihi tapi sebagai org yang rabun jauh dan pemalas nak pakai spek mata, aku tak nampak..aku nampak kabur2 tapi aku tak nampak tulisan tue..sampai hr rabu lepas, aku tgk balek, adalah sangat clear..aku nmpk ejaan sebijik2 huruf yang ada dkt sign board tue..

mule2 aku mcm btol ke..sebab pakai BVSleepmate ke? aku confirmkan dgn Ismalina, sbb tak nak la nanti kalau sesuke hati je bgtau haa pakai bvsleepmate mata jd cerah blablabla, t org ckp ape pulak...ayoooo...
then, Isma ckp yang BVSleepmate nie boleh bantu mana2 masalah berkaitan dengan saraf, and dkt mata kita kan byk saraf2 kan..maybe sebab aku memang rabun, so BVSleepmate betulkan balek mana2 yang tak betul..haaa gitu..

ok..cakap banyak tak guna..kalau korang nak rasa sendiri tenaga BVSleepmate nie, bgtau..aku bg free demo..korang akan rasa tenaga dalam badan korang dalam masa 10-20saat..bergantung dengan badan masing2, ada yang rasa mcm tangan kene renjatan elektrik(aku la tue masa 1st day dpt BVSleepmate) ahahahaa..aku mcm ehh apsal tgn aku nie..rasa cam elektrik..korang pernah tak bila pegang troli dkt supermarket, korang rase cam kene renjatan elektrik? aku selalu kene..dan masa 1st day dpt BVSleepmate, aku kene mcm renjatan cam tu laa..ada yang rasa mcm leher diurut2..ada yang rasa cam pening2..semua bergantung dengan badan anda..

Tentang BioVelicity Sleepmate : Klik SINI
Testimonial lain BioVelicity Sleepmate : Klik SINI


lots of love,
Syiekin Azam, 

lola_kynai@yahoo.com
atau call/msg
012-6891643

FB : Syiekin Azam


p.s: boleh lah hadiahkan BVSleepmate ni dekat mak ayah sbb masa kita kecik2 dulu, dorang bersengkang mata jaga kita tdo..kalau baca info, kebanyakan orang2 tua ada penyakit susah nak tdo(insomnia)..sampai ada yang amik pil tido sebab nak dapatkan tido lena..bila tido terganggu, badan tak cukup rehat, jadilah lesu, sakit2 badan..ye tak? lagipun beli 1BVSleepmate nie, dapat pakai sekeluarga..and sesiapa yang berniat nak bg hadiah untuk mak ayah, Syiekin akan bagi free gift khas utk mak ayah korang..ok?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...