iklan atas

Mari mari mari..

Thursday, December 22, 2011

::Perjalanan Haji 1432H - Hari Wukuf::

9/11/2011 10.15 am (waktu mekah)

Assalamualaikum..

alhamdulillah, aku dah lepas larangan ihram..(aku wat nafar awal, nanti aku cite satu2 perjalanan haji k?)
aku wat entry based on satu2 perjalanan haji..
tak la celaru nanti..

so mule dgn hari wukuf..
::kitorg ade countdown..::

::Maksud wukuf dari cik Wiki2::
Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah.

4/11/2011
Jadi tahun nie, hari wukuf jatuh pada 5/11/2011..aku gerak ke Arafah pada Jumaat 4/11/2011 sebelum masuk Zohor..mase tue kelam kabut kemas2 beg and mandi sunat ihram, solat sunat ihram sume..sebabnye, kitorg gerak ke Arafah ikut transport Tabung Haji..kalo ade pergerakan, dorg selit2 je sape2 gerak ke sana..kitorg hari tue naek ambulan..lepas siap2 perkara2 sunat, kami pon berniat haji sebelum gerak ke Arafah..mase nie aku sorang je perempuan, and ustazah pembimbing ibadah haji pon ingatkan kitorg utk mengucap 2kalimah syahadah, supaya perjalanan haji kitorg nie (insyaallah) dalam keadaan suci, mcm org yg baru dilahirkan..InsyaAllah..

::mengucap 2kalimah syahadah + niat haji::

 ::semoga perjalanan haji kami dipermudahkan::

On the way ke Arafah, perjalanan memang sesak dgn jemaah dari pelbagai negara..dorg berjalan kaki beramai2..dekat arafah nie, mmg dah dikhaskan khemah2 ikut zon2 negara masing2..mcm aku duduk dkt khemas khas utk team2 perubatan(sbb petugas kan..)..khemah kitorg bukan dkt khemah2 jemaah malaysia yg lain tu..mcm jemaah dorg duduk khemah yg dikhaskan ikut maktab2 dorg duduk..mana2 pesakit dari pusat2 rawatan syisyah/aziziah, yang perlukan rawatan, akan ditempatkan dekat khemah2 yg aku duduk tue..

 ::bendera2 malaysia berkibar..dah smpi Arafah, kawasan khemah kami::

 ::aku duduk khemah 33::

meh tgk ape ade dlm khemah..ihihihih..

 ::nie dorg dah sediakan toto2 utk tdo::
 ::port tido aku::
::ade aircond tau..ihihihih..siang panas bahang, malam sejuk gile!!::

4/11/2011 belom masuk hari wukuf lg..hari wukuf masuk bila masuk zohor 5/11/2011 tu, and masa2 mustajab doa lepas masuk zohor tue laa..especially lepas asar..so hr nie kitorg rehat2 and bykkan bace quran, zikir, and kalo penat, tido..

bawah nie jadual yg dah disiapkan utk program hari wukuf di Arafah.


bila malam, lps abis program, takde wat pape pon..jln2 sekitar kawasan khemah, sebok2 dkt khemah orang..ahahaha jakun..slalu main khemah dkt rumah mase kecik2 dulu, susun sofa empat penjuru, lps tue bentang cadar/selimut atas sofa, kitorg tdo dkt bawah tu ala2 dlm khemah..ihihihihi..mase tue penoh la anak patung konon2 mak miskin jaga anak ddk dlm khemah..ahahaha serabai mase kecik2 dulu..

ok2..fokus2..ahahahah..mlm tu tdo mmg sejuk2 sgt..walaupon khemah bertutup, angin luar masuk + aircond..sejuknyee...nasib aku bawak selimut sedap..menggeletar tdo malam tue..dh pki jaket + selimut + pki lagi towel, tak dpt nak kaver sejuk pon..akak khemah kitorg siap tutup aircond sbb sejuk sgt..siap bila aku terjaga, aku ckp dlm hati(padahal mase tue tdo kot..ntah aku pon tak sure) "ya allah..siang panasnye, malam sejuk sgt2..kuasa allah"...ayat tak bleh blah..teringat je sejuk dlm khemah, sure aku teringat dialog aku dgn diri sendiri..uhuhuuhuh..tp memang sejuk..


5/11/2011
Hari nie hari wukuf..tgk jadual kat atas tue, program start seawal subuh..lepas abis program siang, rehat2, then siap2 utk doa Arafah..Doa Arafah nie dibaca waktu sebelum azan Zohor + sewaktu azan Zohor berkumandang..so, bila azan, Dato' Haji Noh bace doa Arafah tue, memang kitorg dlm tu menangis2..aku tgk sumer pon nangis..ye doa tue mmg syahdu sbb die merangkumi semua doa2..korang bace nie..mase kat Arafah tue Dato' Noh adjust2 la doa dia tp main doa die mcm dkt bawah nie laa..nangis2 weehhh...

DOA ARAFAH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN.

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI DAN YANG MASIH HIDUP.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DARI APA YANG PERNAH DIMITA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN SYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI DAPAT MELAKUKAN SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA, SELAMATKAN KAMI YA ALLAH DARI SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYUL’AZIM,

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN, BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI KAMI YA ALLAH.

TAMBAHKANLAH YA ALLAH KEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL, HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DAN MATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOA YANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DI DALAM HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANG KEJI DAN JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYUL AZIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI HAMBAMU YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADAMU DENGAN SEBAIK-SEBAIKNYA, BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA DAPAT KAMI LAKUKAN APA-APA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ENGKAU DAN MENINGGALKAN SEGALA APA YANG DILARANG OLEH ENGKAU.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI INI HATI YANG SENTIASA MENYEDARI MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI DAN JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI MASA DEPAN KAMI SELEPAS KEMATIAN KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN, SELAMATKANLAH IMAN KAMI DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATU TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGAN ENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMI YA ALLAH, SEMASA BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUNGAN ARASY ENGKAU YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN.

YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRITAL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMI KE SYURGAMU BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYUL AZIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, APALAH KIRANYA ENGKAU AKAN LAKUKAN PADA PETANG, SAAT DAN KETIKA INI KEPADA SEORANG HAMBAMU YANG HINA YANG MENGAKU BERDOSA DAN BERSALAH, YANG MERAYU KEPADAMU DI ATAS KEJAHATAN, YANG BERTAUBAT KEPADAMU KERANA DOSANYA, YANG MEMOHON KEAMPUNAN KEPADAMU KERANA KEZALIMANNYA, YANG MENGHARAP KEMAAFANMU KERANA KESILAPANNYA, YANG MERAYU KEPADAMU SUPAYA TERCAPAI SEGALA HAJATNYA, YANG MENGHARAPKAN LIMPAHAN RAHMATMU PADA TEMPAT WUQUF INI, WALAUPUN DENGAN DOSA YANG BEGITU BANYAK LAKSANA BUIH DI LAUTAN.

YA ALLAH KAMI SEKELIAN KELUAR MENUJU KEPADAMU DAN BERHEWNTI DI PERKARANGAN RUMAHMU, KEPADAMULAH KAMI MELETAKKAN SEGALA HARAPAN KAMI, KEPADAMULAH KAMI MEMOHON KEMURAHAN RAHMAT, KAMI TAKUT KEPADA DOSA KAMI, OLEH ITU KEPADAMULAH KAMI BERLINDUNG DARI BENCANA DOSA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAULAH YANG MEMILIKI SELURUH HAJAT ORANG-ORANG YANG MEMOHON, YANG MENGETAHUI SELURUH KANDUNGAN HATI ORANG-ORANG YANG TIDAK MERAYU.

YA ALLAH, ENGKAU TELAH SEDIAKAN SAJIAN KEPADA SETIAP TETAMU DAN KAMI SEKELIAN ADALAH TETAMU KEPADAMU, OLEH ITU KURNIAKANLAH SYURGA SEBAGAI SAJIANMU KEPADA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SETIAP ROMBONGAN DIKURNIAKAN HADIAH, SETIAP PELAWAT DIKURNIAKAN CENDERAHATI, SETIAP PEMOHON DIKURNIAKAN PEMBERIAN, SETIAP YANG BERHARAP DIKURNIAKAN HABUAN, SETIAP YANG MEMOHON RAHMAT MENDAPAT RAHMATMU, MAKA KAMI SEKELIAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAHMU YANG MULIA INI DAN BERADA DI TEMPAT IBADAH YANG AGONG INI DENGAN HARAPAN MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNANMU, OLEH ITU JANGANLAH HAMPAKAN HARAPAN KAMI SEMUA YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH, DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADA MU YA ALLAH.

ALLAHHUMMA YA ALLAH, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR
TIDAK MUNGKIN KAKI KAMI MAMPU MELANGKAH KE TEMPAT INI
KECUALI ENGKAU YANG MENGUATKAN
TIDAK MUNGKIN TERGERAK DI HATI KAMI INGIN MENUNAIKAN HAJI
KECUALI ENGKAU YANG MENGGERAKKAN
TIDAK MUNGKIN SERINGGIT PUN KAMI MILIKI KECUALI ENGKAU YANG MEMBERIKAN
TIDAK MUNGKIN KAMI SIHAT KECUALI ENGKAU YANG MENYIHATKAN
TIDAK MUNGKIN KAMI DAPAT MEMBANTU TUBUH INI BERWUDUK
KECUALI ENGKAU YANG MENGAJARKAN
TIDAK MUNGKIN LIDAH INI DAPAT MENYEBUT NAMAMU
KECUALI ENGKAU YANG MEMBIMBING YA ALLAH

BETAPA RAMAI MAKHLUK YANG ENGKAU CIPTAKAN
BETAPA SEDIKIT YANG BERADA DI ARAFAH INI YA ALLAH

YA RABBI
DENGAN APA KAMI MENSYUKURI NIKMAT HAJI INI YA ALLAH
KECUALI BERHARAP KEPADAMU
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH

ALLAHUMMAJ’ALHAJJAN MABRURAA, WA SA’YAN MASYKUURA
WA DZANBAN MAGHFUURA.
RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA
WATARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN.

YA ALLAH, AMPUNI SELURUH DOSA-DOSA KAMI
ENGKAU MENJANJIKAN HAJI YANG MABRUR
BERSIH DARI DOSA SEPERTI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN
ALANGKAH INDAHNYA JIKA KAMI ENGKAU PILIH DEMIKIAN YA ALLAH

YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA MENDERITANYA
DIRI KAMI DENGAN LUMURAN DOSA
BETAPA SENGSARANYA HIDUP KAMI DENGAN MENUTUPI AIB
BETAPA HINANYA DIRI KAMI DENGAN MAKSIAT
BERSIHKAN KAMI YA ALLAH
BERSIHKAN DOSA KAMI YA ALLAH
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA ORANG TUA KAMI
AMPUNI JIKALAU MEREKA MENYESAL MELAHIRKAN KAMI
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH,
KEPADA ANAK-ANAK KAMI
JANGAN BIARKAN MEREKA MENUNTUT KAMI DI AKHIRAT
BERIKAN  KESEMPATAN BAGI KAMI MEMPERBAIKI SEGALANYA.

RABBANA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA
QURROTA A’YUN, WAJ’ALNAA LILMUTTAQIINA IMAMA.

AMPUNI YA ALLAH JIKA DI SEKUJUR TUBUH KAMI ADA HARTA HARAM
DI RUMAH KAMI BANYAK BARANG HARAM
PADAHAL ENGKAU MENGHARAMKAN KE SYURGA BAGI YANG DITUBUHNYA ADA DAGING HARAM
BERIKANKESEMPATAN KAMI UNTUK MENYUCIKAN DIRI
DARI HARTA HARAM YA ALLAH
JAUHKAN SEJAUH-JAUHNYA YA ALLAH
CUKUPI DIRI KAMI DENGAN REZEKIMU YANG HALAL

YA ALLAH AMPUNI JIKALAU KAMI SERING MENZALIMI
HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH
BERIKAN KESANGGUPAN BAGI KAMI UNTUK TERPELIHARA DARI KEZALIMAN
YA SAMIUL ALIM, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR,
HANYA ENGKAULAH TUMPUAN HARAPAN KAMI
JADIKAN KAUM MUSLIMIN INI MENJADI SUAMI YANG BENAR
MENJADI AYAH YANG JUJUR
MENJADI LELAKI YANG SOLEH
JADIKAN KAUM MUSLIMAH INI MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH
MENJADI IBU YANG SOLEHAH
MENJADI MUSLIMAH YANG TERPELIHARA
KURNIAKAN KEPADA KAMI YA ALLAH,
KETURUNAN YANG LEBIH BAIK DARI KAMI
LINDUNGI DARI KEDERHAKAAN DAN KEHINAAN DUNIA DAN AKHIRAT

YA ALLAH BERKATILAH SISA UMUR KAMI
BERKATILAH REZEKI YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI
BERKATILAH ILMU YANG ENGKAU KURNIAKAN
BERKATILAH SISA UMUR INI

ALLAHUMMAGHFIR LILMU’MININ WAL MU’MINAT MUSLIMIN WAL MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..

YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
JANGAN BIARKAN ENGKAU SAKSIKAN KAMI TERHINA SEPERTI INI
PERSATUKAN HATI KAMI YA ALLAH
BANGKITKAN PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI UMATMU

TOLONGLAH SAUDARA KAMI YANG TERANIAYA DI PENJURU MANA PUN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM ZALIMIN BERJAYA ATAS KAUM BERIMAN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM YANG INGKAR KEPADAMU MENZALIMI KAUM YANG BERSUJUD KEPADAMU

BANTULAH SAUDARA KAMI PEJUANG-PEJUANG ISLAM DAN UMAT ISLAM DI PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN DAN SELURUH PEJUANG AGAMAMU.
YA ALLAH MEREKA DALAM GENGGAMANMU YA ALLAH
YA ALLAH CEGAHLAH KEZALIMAN KE ATAS UMATMU YA ALLAH

YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI KAMI YA ALLAH
ENGKAULAH YANG MAHA TAHU KEADAAN NEGERI KAMI
JANGAN BIARKAN UMATMU SERAMAI INI DITINDAS DAN DIHINA
BANGKITKAN YA ALLAH
JADIKAN NEGERI KAMI NEGERI YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM
MENJADI NEGERI YANG RAHMATAN LIL’ALAMIN

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SOLEH
PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAI UMATMU
PARA PEMIMPIN YANG TEGUH HIDUP DI JALANMU
PARA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI SURI TAULADAN BAGIKAMI

YA ALLAH YANG MAHA AGUNG
UNDANGLAH KAMI, KELUARGA KAMI DAN KETURUNAN KAMI,
DENGAN ORANG-ORANG YAG BERBUAT BAIK KEPADA KAMI
YA ALLAH, IZINKAN KELAK KAMI BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH
BERTEMU DENGAN RASULMU
BERTEMU DENGAN KEKASIH-KEKASIHMU

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI HASANAH
WAQINA A’ZABANNAR

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL’ALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN.

Doa Arafah nie memang panjang dan sepanjang doa tue, takde sorg pon yg tak menangis..masing2 menginsafi kelemahan diri..dosa2 dulu..memang sgt2 insaf..byknye bende2 yg lalai dan leka sepanjang hidup nie..uhuhuhuh..semoga aku dah balek Malaysia nanti, dapat jadi seorang muslimah yang diredhai Allah S.W.T..insyaAllah..

ptg waktu Asar, adalah antara waktu2 mustajab doa masa dkt padang Arafah..kami pon beramai2 berdoa memohon ape yg dihajat, doa2 rakan2 yang pesan doa di luar khemah hinggalah masuk waktu Maghrib..solat jamak maghrib + isyak, then siap2 kami pon tunggu transport untuk balek ke pusat rawatan masing2..selesai wukuf di Padang Arafah..alhamdulillah..

panjang dah entry kali nie..harap dapat memberi gambaran dkt rakan2 yg nak ke Mekah utk wat haji pada masa akan datang..InsyaAllah..perjalanan haji semuanya sama, cuma bezanya pengalaman aku wat haji adalah sebagai petugas..jadi, mcm petugas2 nie, kami gerak guna transport pusat rawatan, kalo jemaah naek bas jemaah(ikut no maktab masing2)..harap rakan2 tak keliru yee..

tue je la untuk perjalanan haji - wukuf..insyaAllah lepas nie entry pasal Nafar Awal, bermabit di Mina..
::subhanallah..semoga masih ada peluang nak tgk pemandangan senja di Padang Arafah..Amin::

4 comments:

  1. salam iizla,

    syiekin tak keje dgn TH..cume company syiekin keje nie kerjasama dgn TH, sediakan system kesihatan utk gune mase musim haji..jd petugas2 perubatan guna system kami..:)

    iizla keje dgn th ke?

    ReplyDelete
  2. salam naddy, haah..memang sebak dan syahdu sgt sepanjang syiekin dkt sana...insyaAllah semoga kita diberi peluang utk menjadi tetamu Allah..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...