iklan atas

Mari mari mari..

Monday, May 28, 2012

Tazkirah: Terpeliharakah aurat kita?

Assalamualaikum..

Hari ni just nak share pasal aurat..mmm kesah awal aku mule bertudung..

p.s: aku wat entry nie bukan nak buke pekung diri sendiri ke ape..or nak ckp aku nie bagus ke ape ke..just nak share sumthing and ingatan buat diri sendiri..kita nie manusia mudah lalai..kalau tak suke, jgn bace ok? :)

rasenye rmi yang tau(or tak tau ihihihih) aku nie baru je bertudung lepas Aish dilahirkan..tue pon after sebulan berpantang, bila nak keluar, baru menggagau carik tudung nak match dgn baju(tudung mak aku la jd mangse..mase tue trend tudung mami sume tudung yg ade awning span ahahahah..ehh tak baek aku nie uhuuhuh )..and aku memang stress mase tue sbb aku nie dah la jadi gemok lepas bersalin..baju2 before bersalin semua pon jenis kecik2..last2 kuar pakai t shirt en suami je..sbb besar la skit kan? ihihihih..

ooo yee..actually dkt2 nak kawen and lepas kawen, en suami memang ada suruh aku bertudung..(dosa isteri ditanggung oleh suaminya, bukan lagi ayahnya) tapi aku mcm, emm nanti laa..bile tibe masa, aku pakai la tudung..pastu sbb aku malas kene soal byk2 kali bile nak bertudung, aku ckp, nanti laa lps dpt baby 1st aku pki la tudung..and dgn kuasa Allah, aku pon diberi rezeki mengandung awal..dan lps bersalin tue, aku pon bukakan hati aku utk pakai tudung sepenuhnya..

::1st outing aku bertudung, main bowling..ehh aku tak main..dh 4thn tak main bowling..nak main bowling laa before next pregnant..ihihihih:::

TAPI..aku silap dalam bab aurat ni..walaupon aku bertudung, aku tak jaga aurat yang lain..dari segi pakaian, hubungan dengan yang bukan mahram, and byk lagi rasenye yg aku tak jage..uhuhuhuhu..bukan la aku nak ckp aku nie bagus sgt, tp aku syukur sebab rezeki aku ke Mekah musim haji lepas byk menyedarkan aku tentang ilmu keagamaan nie..

banyak yang aku jahil sebenarnye..before nak gi mekah, aku dah bukak balek buku2 agama, stadi balek mane yg kurang paham, pahamkan dengan lebih jelas ape yang aku dah tau..dan dekat sana lah aku belajar sikit2 ilmu agama dari ustazah yg sama penginapan dengan aku..walaupon pada mulanya memang aku malu nak bertanya, even mende2 simple pon aku malu nak tanya..tp sampai bila kan? tue la peluang yang aku ada, ustazah dan ustaz yang memang duduk dgn kita hampir 3bulan, rugi kalau kita tak ambik peluang tu utk tanya mende2 yang kita tak tahu..walaupon mungkin bagi org lain, oohhh soalan mcm tue pon tanye? ihihihihi..tapi aku tak kesah..janji aku paham..syukur sbb ustazah pun memang bagi penerangan yang jelas, tak kedekut ilmu dia walaupon sedikit..dan kitorg pun tiap2 minggu ade ceramah agama...Syukran Ustazah Zainariah..:)

Lepas balek Malaysia nie, aku lebih selesa pakai jubah..ihihihih..nasib la borong jubah byk giler mase dkt sana dulu..sebab dkt sini jubah mahaaaalll..perrhhh aku pernah jumpa jubah yang sama aku beli dkt Mekah, sini dorg jual rm370!!! aku beli uhuhuhuhu tak smpi 100riyal pon..gi kerja aku pki jubah..senang je pakai sarung je kan? ihihihihi..kadang2 aku pon pakai seluar jeans, bj biase tapi kali nie, aku cuba untuk tutup aurat lengan dan bahagian bawah pinggang..ehh bawah punggung la kan? ihihihi pape je laa..tp yang penting, aku nak carik baju yang labuh2 dan tak ketat2 sgt..ohh yee..sape tau mane2 yang ade jual jubah dengan harga yang berpatutan dan cantik2, bgtau ok? nak tambah koleksi jubah.. :)

dekat Mekah dan Madinah kitorg memang pakai stokin sepanjang bertugas, jalan2, pegi makan, pergi beribadah..dan bila dah balek Malaysia, aku rase janggal plak bila keluar tak pakai stokin..biase jugak la kuar gi makan malam dkt kedai luar tue pki selipar je..tp rasa mcm tak selesa..kadang2 kuar kejap2 gi bank, gi kedai tak pakai stokin, tapi rase mcm tak best..ihihihih..so aku pon pki la stokin ke mana2 pon aku pergi..mase awal2 dulu ade yg tanye, memang nak berstokin ke? tak rimas ke pki stokin, Malaysia kan panas..ihihihih..alah bisa tegal biasa..dkt Mekah pun panas, boleh je pki stokin..InsyaAllah akan cuba untuk kekal mcm nie..bawah nie aku just masukkan info pasal aurat kaki..untuk ingatan kita bersama.. oohh ye..ustazah pernah bagitau, pakai lah stokin yang tak menampakkan kuku kaki kita..bukan stokin yang jenis halus mcm jaring tue.. :)

Info dari SINI
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit.

pastu pasal tudung..insyaAllah akan cube bertudung mengikut cara Islam..tudung yang menutupi dada..walaupon aku belum la lagi pakai tudung yg sangat2 labuh..InsyaAllah slow2 aku cuba..doakan yang terbaik ye kawan2.. :)

::credit to FB SINI:: klik utk lebih jelas :)

pasal aurat dengan yang bukan mahram..yang nie memang aku tak pernah jaga sebelum nie..uhuhuhuhu..sekarang nie aku dah tau..insyaAllah aku cuba untuk jaga aurat aku dgn yg bukan mahram sebaik2nya..InsyaAllah..so dari pic bawah nie mungkin boleh nampak dgn jelas dengan sapa yang kita perlu jaga aurat, boleh salam ke tak dan lain2 lagi..

::credit to FB SINI::

berpurdah? ihihihihi belum lagi ke arah itu..tapi ape2 pon, bila ternampak wanita2 yang berpurdah jalan2 dkt shopping complex, teringin jugak nak berpurdah..ihihihih..teringat mase dkt Mekah, kitorg jalan2 memang pakai purdah sebab nak elak habuk..tue purpose kitorg pakai purdah laa..kalau org arab pakai purdah memang sebab dorg tutup aurat..tp kan, pompuan2 arab, walaupon pakai purdah, nampak mata je pon, tapi dapat rasekan dorg tue sangat cantik..ke org arab memang muke dorg same je mcm tu ehh? ihihihih..
::ahlan wah sahlan::

oklaa..rasenye tue je nak share hari nie..semua ni untuk perkongsian bersama..takde kene mengena dgn yang hidup atau pon yang dah mati..ihihihih..kalau ada silap maklumat ke ape, mohon maaf awal2..akhir kata,

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.


Nauzubillah..semoga dijauhkan 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...