iklan atas

Mari mari mari..

Thursday, December 22, 2011

::Perjalanan Haji 1432H - Hari Wukuf::

9/11/2011 10.15 am (waktu mekah)

Assalamualaikum..

alhamdulillah, aku dah lepas larangan ihram..(aku wat nafar awal, nanti aku cite satu2 perjalanan haji k?)
aku wat entry based on satu2 perjalanan haji..
tak la celaru nanti..

so mule dgn hari wukuf..
::kitorg ade countdown..::

::Maksud wukuf dari cik Wiki2::
Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Dilaksanakan pada 8 atau 9 Zulhijjah.

4/11/2011
Jadi tahun nie, hari wukuf jatuh pada 5/11/2011..aku gerak ke Arafah pada Jumaat 4/11/2011 sebelum masuk Zohor..mase tue kelam kabut kemas2 beg and mandi sunat ihram, solat sunat ihram sume..sebabnye, kitorg gerak ke Arafah ikut transport Tabung Haji..kalo ade pergerakan, dorg selit2 je sape2 gerak ke sana..kitorg hari tue naek ambulan..lepas siap2 perkara2 sunat, kami pon berniat haji sebelum gerak ke Arafah..mase nie aku sorang je perempuan, and ustazah pembimbing ibadah haji pon ingatkan kitorg utk mengucap 2kalimah syahadah, supaya perjalanan haji kitorg nie (insyaallah) dalam keadaan suci, mcm org yg baru dilahirkan..InsyaAllah..

::mengucap 2kalimah syahadah + niat haji::

 ::semoga perjalanan haji kami dipermudahkan::

On the way ke Arafah, perjalanan memang sesak dgn jemaah dari pelbagai negara..dorg berjalan kaki beramai2..dekat arafah nie, mmg dah dikhaskan khemah2 ikut zon2 negara masing2..mcm aku duduk dkt khemas khas utk team2 perubatan(sbb petugas kan..)..khemah kitorg bukan dkt khemah2 jemaah malaysia yg lain tu..mcm jemaah dorg duduk khemah yg dikhaskan ikut maktab2 dorg duduk..mana2 pesakit dari pusat2 rawatan syisyah/aziziah, yang perlukan rawatan, akan ditempatkan dekat khemah2 yg aku duduk tue..

 ::bendera2 malaysia berkibar..dah smpi Arafah, kawasan khemah kami::

 ::aku duduk khemah 33::

meh tgk ape ade dlm khemah..ihihihih..

 ::nie dorg dah sediakan toto2 utk tdo::
 ::port tido aku::
::ade aircond tau..ihihihih..siang panas bahang, malam sejuk gile!!::

4/11/2011 belom masuk hari wukuf lg..hari wukuf masuk bila masuk zohor 5/11/2011 tu, and masa2 mustajab doa lepas masuk zohor tue laa..especially lepas asar..so hr nie kitorg rehat2 and bykkan bace quran, zikir, and kalo penat, tido..

bawah nie jadual yg dah disiapkan utk program hari wukuf di Arafah.


bila malam, lps abis program, takde wat pape pon..jln2 sekitar kawasan khemah, sebok2 dkt khemah orang..ahahaha jakun..slalu main khemah dkt rumah mase kecik2 dulu, susun sofa empat penjuru, lps tue bentang cadar/selimut atas sofa, kitorg tdo dkt bawah tu ala2 dlm khemah..ihihihihi..mase tue penoh la anak patung konon2 mak miskin jaga anak ddk dlm khemah..ahahaha serabai mase kecik2 dulu..

ok2..fokus2..ahahahah..mlm tu tdo mmg sejuk2 sgt..walaupon khemah bertutup, angin luar masuk + aircond..sejuknyee...nasib aku bawak selimut sedap..menggeletar tdo malam tue..dh pki jaket + selimut + pki lagi towel, tak dpt nak kaver sejuk pon..akak khemah kitorg siap tutup aircond sbb sejuk sgt..siap bila aku terjaga, aku ckp dlm hati(padahal mase tue tdo kot..ntah aku pon tak sure) "ya allah..siang panasnye, malam sejuk sgt2..kuasa allah"...ayat tak bleh blah..teringat je sejuk dlm khemah, sure aku teringat dialog aku dgn diri sendiri..uhuhuuhuh..tp memang sejuk..


5/11/2011
Hari nie hari wukuf..tgk jadual kat atas tue, program start seawal subuh..lepas abis program siang, rehat2, then siap2 utk doa Arafah..Doa Arafah nie dibaca waktu sebelum azan Zohor + sewaktu azan Zohor berkumandang..so, bila azan, Dato' Haji Noh bace doa Arafah tue, memang kitorg dlm tu menangis2..aku tgk sumer pon nangis..ye doa tue mmg syahdu sbb die merangkumi semua doa2..korang bace nie..mase kat Arafah tue Dato' Noh adjust2 la doa dia tp main doa die mcm dkt bawah nie laa..nangis2 weehhh...

DOA ARAFAH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN.

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI DAN YANG MASIH HIDUP.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DARI APA YANG PERNAH DIMITA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN SYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI DAPAT MELAKUKAN SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA, SELAMATKAN KAMI YA ALLAH DARI SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYUL’AZIM,

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN, BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI KAMI YA ALLAH.

TAMBAHKANLAH YA ALLAH KEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL, HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DAN MATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOA YANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJALAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DI DALAM HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANG KEJI DAN JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYUL AZIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI.

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI HAMBAMU YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADAMU DENGAN SEBAIK-SEBAIKNYA, BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA DAPAT KAMI LAKUKAN APA-APA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ENGKAU DAN MENINGGALKAN SEGALA APA YANG DILARANG OLEH ENGKAU.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI INI HATI YANG SENTIASA MENYEDARI MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI DAN JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI MASA DEPAN KAMI SELEPAS KEMATIAN KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN, SELAMATKANLAH IMAN KAMI DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR NANTI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATU TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGAN ENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMI YA ALLAH, SEMASA BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUNGAN ARASY ENGKAU YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN.

YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRITAL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMI KE SYURGAMU BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILAHIL ALIYYUL AZIM

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, APALAH KIRANYA ENGKAU AKAN LAKUKAN PADA PETANG, SAAT DAN KETIKA INI KEPADA SEORANG HAMBAMU YANG HINA YANG MENGAKU BERDOSA DAN BERSALAH, YANG MERAYU KEPADAMU DI ATAS KEJAHATAN, YANG BERTAUBAT KEPADAMU KERANA DOSANYA, YANG MEMOHON KEAMPUNAN KEPADAMU KERANA KEZALIMANNYA, YANG MENGHARAP KEMAAFANMU KERANA KESILAPANNYA, YANG MERAYU KEPADAMU SUPAYA TERCAPAI SEGALA HAJATNYA, YANG MENGHARAPKAN LIMPAHAN RAHMATMU PADA TEMPAT WUQUF INI, WALAUPUN DENGAN DOSA YANG BEGITU BANYAK LAKSANA BUIH DI LAUTAN.

YA ALLAH KAMI SEKELIAN KELUAR MENUJU KEPADAMU DAN BERHEWNTI DI PERKARANGAN RUMAHMU, KEPADAMULAH KAMI MELETAKKAN SEGALA HARAPAN KAMI, KEPADAMULAH KAMI MEMOHON KEMURAHAN RAHMAT, KAMI TAKUT KEPADA DOSA KAMI, OLEH ITU KEPADAMULAH KAMI BERLINDUNG DARI BENCANA DOSA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAULAH YANG MEMILIKI SELURUH HAJAT ORANG-ORANG YANG MEMOHON, YANG MENGETAHUI SELURUH KANDUNGAN HATI ORANG-ORANG YANG TIDAK MERAYU.

YA ALLAH, ENGKAU TELAH SEDIAKAN SAJIAN KEPADA SETIAP TETAMU DAN KAMI SEKELIAN ADALAH TETAMU KEPADAMU, OLEH ITU KURNIAKANLAH SYURGA SEBAGAI SAJIANMU KEPADA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SETIAP ROMBONGAN DIKURNIAKAN HADIAH, SETIAP PELAWAT DIKURNIAKAN CENDERAHATI, SETIAP PEMOHON DIKURNIAKAN PEMBERIAN, SETIAP YANG BERHARAP DIKURNIAKAN HABUAN, SETIAP YANG MEMOHON RAHMAT MENDAPAT RAHMATMU, MAKA KAMI SEKELIAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAHMU YANG MULIA INI DAN BERADA DI TEMPAT IBADAH YANG AGONG INI DENGAN HARAPAN MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNANMU, OLEH ITU JANGANLAH HAMPAKAN HARAPAN KAMI SEMUA YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH, DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADA MU YA ALLAH.

ALLAHHUMMA YA ALLAH, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR
TIDAK MUNGKIN KAKI KAMI MAMPU MELANGKAH KE TEMPAT INI
KECUALI ENGKAU YANG MENGUATKAN
TIDAK MUNGKIN TERGERAK DI HATI KAMI INGIN MENUNAIKAN HAJI
KECUALI ENGKAU YANG MENGGERAKKAN
TIDAK MUNGKIN SERINGGIT PUN KAMI MILIKI KECUALI ENGKAU YANG MEMBERIKAN
TIDAK MUNGKIN KAMI SIHAT KECUALI ENGKAU YANG MENYIHATKAN
TIDAK MUNGKIN KAMI DAPAT MEMBANTU TUBUH INI BERWUDUK
KECUALI ENGKAU YANG MENGAJARKAN
TIDAK MUNGKIN LIDAH INI DAPAT MENYEBUT NAMAMU
KECUALI ENGKAU YANG MEMBIMBING YA ALLAH

BETAPA RAMAI MAKHLUK YANG ENGKAU CIPTAKAN
BETAPA SEDIKIT YANG BERADA DI ARAFAH INI YA ALLAH

YA RABBI
DENGAN APA KAMI MENSYUKURI NIKMAT HAJI INI YA ALLAH
KECUALI BERHARAP KEPADAMU
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH
TERIMALAH HAJI KAMI INI YA ALLAH

ALLAHUMMAJ’ALHAJJAN MABRURAA, WA SA’YAN MASYKUURA
WA DZANBAN MAGHFUURA.
RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA
WATARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN.

YA ALLAH, AMPUNI SELURUH DOSA-DOSA KAMI
ENGKAU MENJANJIKAN HAJI YANG MABRUR
BERSIH DARI DOSA SEPERTI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN
ALANGKAH INDAHNYA JIKA KAMI ENGKAU PILIH DEMIKIAN YA ALLAH

YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI BETAPA MENDERITANYA
DIRI KAMI DENGAN LUMURAN DOSA
BETAPA SENGSARANYA HIDUP KAMI DENGAN MENUTUPI AIB
BETAPA HINANYA DIRI KAMI DENGAN MAKSIAT
BERSIHKAN KAMI YA ALLAH
BERSIHKAN DOSA KAMI YA ALLAH
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA ORANG TUA KAMI
AMPUNI JIKALAU MEREKA MENYESAL MELAHIRKAN KAMI
AMPUNI DOSA KAMI KEPADA KELUARGA KAMI YA ALLAH,
KEPADA ANAK-ANAK KAMI
JANGAN BIARKAN MEREKA MENUNTUT KAMI DI AKHIRAT
BERIKAN  KESEMPATAN BAGI KAMI MEMPERBAIKI SEGALANYA.

RABBANA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA
QURROTA A’YUN, WAJ’ALNAA LILMUTTAQIINA IMAMA.

AMPUNI YA ALLAH JIKA DI SEKUJUR TUBUH KAMI ADA HARTA HARAM
DI RUMAH KAMI BANYAK BARANG HARAM
PADAHAL ENGKAU MENGHARAMKAN KE SYURGA BAGI YANG DITUBUHNYA ADA DAGING HARAM
BERIKANKESEMPATAN KAMI UNTUK MENYUCIKAN DIRI
DARI HARTA HARAM YA ALLAH
JAUHKAN SEJAUH-JAUHNYA YA ALLAH
CUKUPI DIRI KAMI DENGAN REZEKIMU YANG HALAL

YA ALLAH AMPUNI JIKALAU KAMI SERING MENZALIMI
HAMBA-HAMBAMU YANG LEMAH
BERIKAN KESANGGUPAN BAGI KAMI UNTUK TERPELIHARA DARI KEZALIMAN
YA SAMIUL ALIM, WAHAI YANG MAHA MENDENGAR,
HANYA ENGKAULAH TUMPUAN HARAPAN KAMI
JADIKAN KAUM MUSLIMIN INI MENJADI SUAMI YANG BENAR
MENJADI AYAH YANG JUJUR
MENJADI LELAKI YANG SOLEH
JADIKAN KAUM MUSLIMAH INI MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH
MENJADI IBU YANG SOLEHAH
MENJADI MUSLIMAH YANG TERPELIHARA
KURNIAKAN KEPADA KAMI YA ALLAH,
KETURUNAN YANG LEBIH BAIK DARI KAMI
LINDUNGI DARI KEDERHAKAAN DAN KEHINAAN DUNIA DAN AKHIRAT

YA ALLAH BERKATILAH SISA UMUR KAMI
BERKATILAH REZEKI YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI
BERKATILAH ILMU YANG ENGKAU KURNIAKAN
BERKATILAH SISA UMUR INI

ALLAHUMMAGHFIR LILMU’MININ WAL MU’MINAT MUSLIMIN WAL MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT..

YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
SELAMATKAN UMAT ISLAM YA ALLAH
JANGAN BIARKAN ENGKAU SAKSIKAN KAMI TERHINA SEPERTI INI
PERSATUKAN HATI KAMI YA ALLAH
BANGKITKAN PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAIMU DAN MENCINTAI UMATMU

TOLONGLAH SAUDARA KAMI YANG TERANIAYA DI PENJURU MANA PUN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM ZALIMIN BERJAYA ATAS KAUM BERIMAN YA ALLAH
JANGAN BIARKAN KAUM YANG INGKAR KEPADAMU MENZALIMI KAUM YANG BERSUJUD KEPADAMU

BANTULAH SAUDARA KAMI PEJUANG-PEJUANG ISLAM DAN UMAT ISLAM DI PALESTIN, IRAQ, AFGHANISTAN DAN SELURUH PEJUANG AGAMAMU.
YA ALLAH MEREKA DALAM GENGGAMANMU YA ALLAH
YA ALLAH CEGAHLAH KEZALIMAN KE ATAS UMATMU YA ALLAH

YA ALLAH SELAMATKAN NEGERI KAMI YA ALLAH
ENGKAULAH YANG MAHA TAHU KEADAAN NEGERI KAMI
JANGAN BIARKAN UMATMU SERAMAI INI DITINDAS DAN DIHINA
BANGKITKAN YA ALLAH
JADIKAN NEGERI KAMI NEGERI YANG MEMANCARKAN CAHAYA ISLAM
MENJADI NEGERI YANG RAHMATAN LIL’ALAMIN

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SOLEH
PARA PEMIMPIN YANG MENCINTAI UMATMU
PARA PEMIMPIN YANG TEGUH HIDUP DI JALANMU
PARA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENJADI SURI TAULADAN BAGIKAMI

YA ALLAH YANG MAHA AGUNG
UNDANGLAH KAMI, KELUARGA KAMI DAN KETURUNAN KAMI,
DENGAN ORANG-ORANG YAG BERBUAT BAIK KEPADA KAMI
YA ALLAH, IZINKAN KELAK KAMI BERTEMU DENGAN MU YA ALLAH
BERTEMU DENGAN RASULMU
BERTEMU DENGAN KEKASIH-KEKASIHMU

RABBANA AATINA FIDDUNYA HASNAH WAFIL AKHIRATI HASANAH
WAQINA A’ZABANNAR

RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL’ALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM. SUBHAANA RABBIKA RABBIL ‘IZZATI ‘AMMAA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN.

Doa Arafah nie memang panjang dan sepanjang doa tue, takde sorg pon yg tak menangis..masing2 menginsafi kelemahan diri..dosa2 dulu..memang sgt2 insaf..byknye bende2 yg lalai dan leka sepanjang hidup nie..uhuhuhuh..semoga aku dah balek Malaysia nanti, dapat jadi seorang muslimah yang diredhai Allah S.W.T..insyaAllah..

ptg waktu Asar, adalah antara waktu2 mustajab doa masa dkt padang Arafah..kami pon beramai2 berdoa memohon ape yg dihajat, doa2 rakan2 yang pesan doa di luar khemah hinggalah masuk waktu Maghrib..solat jamak maghrib + isyak, then siap2 kami pon tunggu transport untuk balek ke pusat rawatan masing2..selesai wukuf di Padang Arafah..alhamdulillah..

panjang dah entry kali nie..harap dapat memberi gambaran dkt rakan2 yg nak ke Mekah utk wat haji pada masa akan datang..InsyaAllah..perjalanan haji semuanya sama, cuma bezanya pengalaman aku wat haji adalah sebagai petugas..jadi, mcm petugas2 nie, kami gerak guna transport pusat rawatan, kalo jemaah naek bas jemaah(ikut no maktab masing2)..harap rakan2 tak keliru yee..

tue je la untuk perjalanan haji - wukuf..insyaAllah lepas nie entry pasal Nafar Awal, bermabit di Mina..
::subhanallah..semoga masih ada peluang nak tgk pemandangan senja di Padang Arafah..Amin::

Wednesday, December 21, 2011

::Madinah to Makkah for Umrah + Haji::

19/10/2011 3.15 pm (waktu mekah)

Assalamualaikum..

skang nie tgh waktu rehat di Mekah..Biasenye kalo waktu2 rehat mcm nie, aku akan lepak2 dkt office(kalo tak tido laa), then amik peluang skype dgn aish..nak kol die, byk cabaran..slalu kol, bukan die nak ckp pon..so dari membazir kredit, better skype..dpt tgk muke and gigi besar die skali..ihihihi..

ok so hr nie aku akan share pengalaman pergerakan dari Madinah ke Mekah, perjalanan umrah dan mane yg patut laa ehh..

Aku dan partner(Baiti) dapat information last minute sgt dr team TH untuk bergerak ke Mekah..Mmg dah dibagitahu yg akan ada pergerakan, tp bile tue tak tau..so kitorg mmg kene prepare la..bila kuar nama utk ke Mekah, so ade beberapa perkara yg perlu dibuat sebelum keluar dari Madinah..

Kitorg tau pagi 6/10/2011(Khamis), mase lepas breakfast..so, bila nama dah kuar, kami pon bergegas balek ke hotel and siap2 last packing brg2, and siap2 utk buat ziarah ke Makam Nabi(dlm masjid Nabawi) sebelum gerak ke Mekah..jadual pergerakan kul 6pm..

actually aku nie wat haji guna visa haji..visa haji nie macam dtg as jemaah laa..so passport akan dipegang oleh muassasah(org Arab)..bile dtg guna visa haji, pergerakan kami adalah sehala..maksudnye tak boleh nak ulang alik Madinah - Mekah - Madinah..atau Mekah - Jeddah - Mekah..

ade team kitorg, dpt visa be'sah..bila visa be'sah nie passport diri sendiri yg pegang..so bebas nak ke mana2..tp kene jage sendiri la passport tu..kalo ilang, jadilah warga arab..ihihihihi..

ok2 kembali ke tajuk asal..ptg tue, lepas siap2 ziarah Makam Nabi, mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan yg paling penting, lps niat ihram, kita dah ada pantang larang yg perlu dijaga..haa ingat2 balek ape yg penah blaja mase skolah dulu..ihihiihih..siap2 tue dgn beg besar kitorg turun ke lobi, tgk bas2 dah ready nak gerak ke mekah..mase dlm bas tu, dengan jemaah2 lain(mostly pakcik makcik yg tua2, (biasa jemaah kita nie tua2..unless kalo amik pakej swasta, ade la mude2..uhhuhuhu), dorg ceria sgt..ramah..seronok kitorg dlm bas tue)

so sepanjang perjalanan tue, kitorg digalakkan bertalbiah, berzikir dan bace surah2 pendek..pakcik2 nie amik giliran la utk talbiah kuat2 dlm bas..lelaki mmg kene talbiah kuat2..pompuan sekadar bertalbiah kita sendiri yg dgr..mase tue mmg rase syahdu sbb mcm tak percaya..aku nie asek nak syahdu je..ahahahahah..

bile smpi dkt Bir Ali(tmpt utk niat umrah), bas berhenti utk solat Jamak Maghrib + Isyak..so bila dah niat umrah, bermula lah perjalanan kami ke Mekah(8jam) dengan bertalbiah, berzikir..tdo gak dlm bas sbb perjalanan ptg, smpi Mekah kul 2am..

Bila sampai Mekah, lagi rasa syahdu subhanallah sbb nampak jam besar dkt kaabah tu..belom nampak Kaabah lagi aku dah syahdu2..ihihihihi..
::ehh jam kul 10.30pm plak..ihihihih..nie jam aku amik lps bg training dkt Janad::

so bas hantar jemaah dkt maktab dorg(Maktab 88 mase tue)..and dkt sana ade team perubatan dah tunggu kitorg sbb nak bawak kitorg ke Pusat Rawatan Syisyah..kitorg tak terus buat umrah sbb dorg suruh rehat2 dulu, then br gi wat umrah dgn staff yg lain(staff yg baru sampai Mekah dari Malaysia)..

so dlm kul 7am tue, kami pon siap2 untuk selesaikan umrah..kitorg gerak ke Masjidil Haram naek coaster..mase tue mmg debar2 sbb mcm tak percaya aku dah on the way nak tgk Kaabah dgn mata aku sendiri..syahdu lagi..ahahahah..

so bila smpi dkt Masjidil Haram, akak2 staff yg senior(yang pernah bertugas haji seblom2 nie, ambil staff baru, and dorg akan guide wat umrah same2 dgn dorg..) lega skit sbb kita pon 1st time, mmg la tgk video haji and umrah, tp still kita perlukan panduan dr org2 yg tau..so aku dan Baiti wat tawaf n saei dgn sorg akak nie..mmg die baik sgt sbb die tunjuk ajar semua..niat2 sumer die tanye, pastu die guide ape yg perlu buat mase tawaf tue..alhamdulillah..

ohh ye..1st time masuk masjidil haram, aku rase mcm tak percaya dah smpi..and bila nampak je Kaabah, terus aku bergenang and mmg aku nangis..sbb tak tau nk describe perasaan nampak Kaabah tue..rase mcm keciknye aku dkt tempat Allah nie..uhuhuhu..
::subhanallah::
Alhamdulillah sgt2 sbb mmg sgt2 dipermudahkan mase wat tawaf and saei tu..org tak berape nak ramai...(tapi penoh gak dkt2 kaabah tue)..ihihihi..lepas bergunting, maka lepaslah larangan2 dalam ihram..alhamdulillah..kitorg pon siap2 tunggu coaster amik, and sempat gak makan aiskrim kat situ..sedap makan aiskrim sbb Mekah kan panas, so makan aiskrim ahhhh setapnyee...ihihihihi..

lepas balek, kitorg sambung tdo and ptg ada ziarah ke sekitar mekah..mase ziarah nie dorg bawak melawat maktab2 tabung haji, jabal rahmah(tempat org doa2 nak jodoh)..ihihihih..mase smpi tue, coaster kitorg diserbu oleh unta2 cantek..ahahahah..pak arab sumer nak suh kitorg naek unta..takut aku gayat..ahahahaha..bukak je pintu coaster, pala unta tersembul..ahahahaha..comel jek..

 ::tgk dorg dah ready nak kejar coaster::
 ::pemandangan dari atas Jabbal Rahmah::
::Jabbal Rahmah:: 
::tgk la org blakang tue..biasa jemaah dari negara luar meratap pilu dkt tmpt2 mustajab::

emmm..aku rase sampai sini dulu entri wat masa nie..so dkt Mekah nie aku bertugas dkt Pusat Rawatan Syisyah..kitorg dibahagi2kan mengikut pusat rawatan..aku, Hasrol and ade lg 2org dkt PRS, Baiti and Ctah dkt Pusat Rawatan Aziziah..En Man dkt Janad(HQ tabung Haji)..

so next entry will be my journey on Haji 1432H laa..pasal kerje2 dkt PRS nanti aku wat entry lain..ok semua? ahahah cam ade yg bace..ahahahhaha..

P.S: rase seronok keje dkt sini..:)



Monday, December 19, 2011

::Shopping time!!::

16/10/2011 5.46 pm (waktu mekah)
Assalamualaikum..
Alhamdulillah aku dah dkt mekah skang..khamis lepas(13/10/2011) gerak ke mekah, Alhamdulillah umrah pon dah selesai..1st time tgk Kaabah, masyaAllah subhanallah..mmg terase syukur sgt berpeluang tgk kaabah dpn mata..uhuhuh syahdu beb..

Ok..ok..entry shopping kan? Ihihih..ok waktu kat mesia lagi kitorg diberi input supaya bershopping di madinah, bukan di mekah..reasonnye sbb:

Brg2 madinah murah better than dkt mekah

Jubah2 madinah byk yg lawa2 and design up to date better than mekah

Kacang2, kurma2, kismis2 dkt madinah pon murah2 dr mekah

Sejadah di madinah cantik2 and murah2 dr di mekah

Kesimpulannye barang2 di madinah lebeh murah dr brg2 di mekah lah..

Ihihihih..

So kitorg shopping sakan la dkt madinah hr tue..ihihihih..selain dr barang2 yg muraaaahhhh dan canteeekkkk2…ape yg aku kagumkan ialah pak arab kat sini pandai ckp melayu weii..ahahahaha..aku rase sepanjang dkt madinah hr tue..kalo shopping mintak tawar2 kitorg gamble ckp melayu je dgn pak arab tue..ahahahahaha…

Maybe dorg nie belajar la ayat2 basic nak memikat hati pelanggan kan..tu yg ckp melayu tue..ok nie aku listkan ayat2 melayu yg dorg slalu ckp k? ihihih check it ouuuttt…( erm erm dorg nie ckp ade intonasi dorg..comel je dgr..ahahah)

“ salam kakak, mari massuuukk..singgah duluuu”

“malayzia?” kalo kita ckp ye, die ckp “malayzia baguuzzzzz”

Kalo kita mntk tawar murah2 sbb beli byk, die ckp “sudah murah, halal2”

Kalo kita ckp takmo laa mahal..t die ckp, “murah ini ibukkk/kakak..malayzia baguuuzzz” ahahaha ape kene mengene ntah..

Kalo die nak promote jubah, “siti nurhalija beli ini, kakak pun mesti beli” ahahaha ntah pape..

Kalo kat masjidil haram plak(tetibe out of topic shopping), mak guard die pon pndai ckp melayu..t die ckp “ibu, duduuukkk” “ibu, sabar2..tungguuuuu”

Ihihihih..

So bile kitorg shopping, bantai ckp melayu je dgn pak arab nie..paham dorg ni..sure beli kamus arab-melayu nie..malam2 before tdo blaja nak tackle pembeli..

So ape yg aku borong sepanjang kat madinah? (erm wat mase ni terkawal lg nafsu shopping kat mekah..belom beli pape lg tau..ihihih)

Jubah byk helai..aku nak pki jubah arr kat Malaysia nanti..lawa2 tau jubah kat madinah..aku takde la beli itam je..kaler lain pon ade..pastu beli la jubah2 utk keluarga2 mane2 yg aku tau saiz2 dorg..ihihih..

Jubah lelaki utk suami, dedi, bapak mertuaku dan juge aish..iihihih..jubah aish comel2 tau..dah la anak2 arab kat sini jenis pki jubah..adoi bertambah rindu aku dkt budak masam tu..ihihih..so, hasilnye jubah aish tue byk kale la aku borong..murah2 je..

Jubah baby gurl utk aleesya + shifa(adek aish)..ni pon menggeramkan..nasib aku takde anak pompuan lagi je..kalo tak, borong gak..ahahahaha..

Tasbih2..nie aku beli gak la utk nak bg dkt org2 yg dtg umah nanti..harap2 digunakan la tasbih2 nie..utk berzikir lps solat..

Sejadah yg ade beg sejadah..yang nie aku beli utk kaum2 pompuan..tak byk laa..utk yg rapat2 je..

Sejadah kecik yg biase2 tue..aku beli byk skit sejadah nie sbb selain nak bg org, bleh la ltk kat mane2 masjid/surau utk digunakan org awam..

Kopiah utk kaum2 lelaki..pelbagai jenis kopiah..yg plain, yg ade corak aku pakai beli je..kopiah aish pon ade..ihihihi..

Pastu last kurma2, kacang2, kismis2..yg nie mmg aku beli byk and pelbagai jenis kurma..kurma nabi, kurma biase, kacang cerdik, badam sumer aku beli..ihihihi..

Air zam2 je aku tak beli lg..tgh tunggu pakcik pos dtg sini, aku beli then siap la sumer..

Ehh ehh..lupe plak..

before balek aku nak beli cokelat2 arab..murah2 gak coklat kat sini..tp tu tgk la nanti dah dkt2 nak balik br aku borong cokelat..ihihihih..

ok2..cube teka mane satu kotak aku pos ke Malaysia? Ahahahhahaha..(bukan due2 kotak tue aku punye tau..melampau kalo aku borong sampai 2kotak..ahahaha)


p.s: next entry pasal last day in madinah, pergerakan ke Mekah..uhuhuhuh…


Wednesday, December 7, 2011

::Makan2::

8/10/2011 10.30am (waktu madinah)

Assalamualaikum..
Br lps teman doktor wat rounding..Alhamdulillah system ok hr nie..So hr nie aku nak share pasal makan2 kat Madinah nie..ihihih..nom nom nom..memang gemok kitorg kat sini..ahahhaha..makan oklaa best gak..especially makanan arab nie..kat sini mane nak dpt makanan Malaysia..(except for lunch and dinner dkt Pusat Rawatan Madinah, chef die diimport dari Malaysia..)
Ok aku cite pasal makanan yg takde kat Malaysia dulu..ihihihi(ade yg ade rasenye tp aku je tak jumpe kat Malaysia kot)..

·         Air mangga yg nyum3
Kalo korg datang Madinah, cube la air jus mangga..memang fabulous kaw2 nye jus mangga..sedap minum je bleh smpi terkenang2 bebrapa hari..ahahaha..kitorg kan ade riadah malam, so asek2 nak order jus mangga..jus buah campor pon sedap gak..ihihih..must try!!! SR5 segelas

·         Kudu
Kudu ni macam Burger King la kalo kat sane..die jual burger, fries etc..packing die menarek, rasa pon oklaa..kat sini tak makan pedas..so kalo dtg, bawak la sos cili siap2..(kalo lps imegresen, oklaa)ihihih..pastu saiz burger/hotdow die besar2 n pjg2..kitorg hr tue beli 2 je share 4org..ihihih..harga depends on combo ape nak amik..combo kitorg amik hr tue 1chicken hotdog + fries + air SR15
 

·         Nasik bukhari & nasik arab
Ni mcm nasik beriani laa lebeh kurang..cume die gune beras yg pjg2..and penoh dgn rempah2..ayam die pon besar2..mcm sekor ayam belah 4 je kot aku rase..ahahaha..semput gak nak ngabiskan sbb kalo order mmg byk gile dorg nie bg..agaknye bleh kurus tak kitorg kat sini kalo hr2 makan mcm ni? Ahahahha..nie pon depends on harga..nasik n ayam hr tue SR15
 

·         Ais krim Movenpick
Ok aiskrim nie mcm baskin robbin..tp sbb kat sini panas, so makan ape2 yg sejuk pon pasti sodap kan? Ihihihh..nape name die Movenpick? sbb die area2 Movenpick hotel..(aku rase laa..ihihihi) aiskrim ni byk perisa..sedap gak laa..hiihihi..harga 1rasa SR6, 2rasa SR8…nie yg dlm cup kecik je..ade byk lg saiz cup korg makan la byk mane pon..byr jek..ihihih..
 

·         Khunafak
Khunafak nie macam manisan org Arab kat sini..die mcm pie or pudding, ade inti cream + susu, and rasenye mmg sungguuhhhh yummmeeeyyhhhh..satu tapau SR6, aku rase sat utu bleh abiskan sorg, jenis takmo share dgn org kalo makan khunafak nie..ahahaha..buruk tak perangai? Ahahhaa..tp mmg sedap..ade gak search dkt gugel resipi nak wat mende nie..tp nak kene tgk la kalo2 pastri utk wat mende nie ade kat Mesia ke tak..tak sure ade ke tak pastry tue..kalo ade, bleh try wat..ihiihihih..tp mmg sedap..nyum3…


Yang lain2 korg sure tau kan bile dah dkt sini, kurma..kismis..kacang cerdik..dan mcm2 jenis kacang2 lg mmg byk laa…so, kitorg biase beli utk kudap2 je....pastu abis beli lg..air zam2 plak mmg free dkt Masjid Nabawi..so hr2 mmg topup botol air dgn air zam2..alhamdulillah dpt merase air zam2 sejuk..sedap tau..beza rase dgn yg suam nye..ihihih..

Ok kalo mase kerja plak, kitorg biase mkn lunch n dinner dkt Pusat Rawatan Madinah nie je..Chef die diimport dr Malaysia gak..so makan kitorg hari2 ala2 kampung arr..ihihih..tak larat gak nak makan makanan arab hr2..bleh mok3 aku nanti..ihihih..so bile ade chef Malaysia, dpt la merase makanan kampong mcm ayam msk kicap, kangkung belacan, telor dadar, bubur pulut itam and byk lg laa..ahahaha..kat sini br nak bersyukur dpt makan makanan mcm tue..kalo kat Malaysia, tak pandang pon bubur pulut itam sgt..uhuhuhuh..kesimpulannye, bersyukur la dgn apa pon yg kita ada..ahahaha tetibe..tp btol tau..mase awl2 tue asek makan makanan arab, mcm teringin2 nak carik makanan Malaysia ade, tp tak tau la mane nak carik..so bile chef dr Malaysia ni ade, dpt la makan masakan Malaysia..chef nie plak masak sedap2 tau..asek bertambah je makan kitorg kat sini..ahahaha..
Haa lg satu yg paling aku makan tiap2 ptg, roti sapu planta dgn kaya..ahahaha..tak bleh blah kat sini br mcm heavennye makan roti sapu planta n kaya..ahahaha..menci tau!!!..
Lagi satu, chef nie masak pedas2 gile tau..aku bukan makan pon pedas2 tahap merah muke panas telinge nie..uhuhuh..so kalo aku amik lauk, aku tak amik kuah, tapi aku ade teman setia menemani..ihihih..nie tgk pic at bawah..ihihih..

Klaa..t aku smbg dgn shopping plak..entry makan pon dah pjg, apetah lg entry shopping kan? Aahahaha..klaa..tata..

p.s: dr pg td wat entry br nak siap..ade interruption..biase la user didahulukan..

p.s.1: kat sini pompuan takle makan kat luar..kene makan kat rumah je..ade certain restoren tak bleh masuk pon kaum pompuan..uhuhuh..ade restoren yg ade mcm bilik2 berpintu/berlangsir utk kaum2 pompuan makan..agaknye sbb nak memudahkan kaum2 berpurdah nie makan kot kalo ade bilik2 bertutup nie..ihihih..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...