Salam sumer..
Hari nie aku nak share pasal persediaan untuk menyusukan anak..Bukan ape..Banyak bende yang perlu diambil kira kalau kita btul2 nak BF anak nie..Jangan la kita nak susukan anak dgn susu ibu sbb rmi org dah buat..Kalau boleh, biar la kita berniat untuk susukan anak kita dgn susu ibu disebabkan kebaikan susu ibu nie untuk anak..Dan kita pun perlu berusaha..Bukan tunggu je susu keluar, tanpa bagi rangsangan yang sepatutnya..Okla..Info2 nie aku copy dari
Kak Farah Sarakids nye blog..
Sebagai ibu ‘baru’, mesti ada di antara anda yang masih ‘blur’ atau tertanya dalam hati “what is the first step to breastfeed?” atau ada yang dah buat pembacaan tapi masih x berapa faham bagaimana mahu bersedia dan bermula.
Perkara pertama yang harus dikenal pasti:
1) ADAKAH SAYA MAHU MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU. SEPENUHNYA SUSU IBU.
Saya besarkan tulisannya. Ini paling penting. Niat kita. Mahu menyusu atau tidak? Mahu menyusu sekadar ingin cuba jika ada susu? Mahu menyusu jika anak mahu? atau benar2 tekad mahu menyusukan anak walau apapun dugaan? Tepuk dada tanya diri sendiri. Jika memilih untuk menyusukan anak anda secara eksklusif, maka anda harus tetap dgn perkara itu. Tetap seperti bila kita nekad untuk memilih bakal pasangan hidup kita dahulu iaitu suami. Yakin bahawa itulah pilihan paling tepat dan kita takkan patah semangat di tengah jalan
2) Selepas memilih untuk menyusukan anak secara eksklusif walau apa pun, sedialah dari segi mental dan fizikal.
Mental: Apa pun dugaan yang bakal ditempuh, perangai anak kecil yang kuat menangis, tidak mendapat sokongan dari org sekeliling atau hilang yakin diri, anda harus tempuhinya.
3) Pilih hospital rakan bayi dan berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut anak anda – sediakan breastfeeding plan, birth plan. Di hospital lah kunci awal kejayaan dalam penyusuan. The start is important.
Jika anda memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi – InsyaAllah, anda akan dibantu oleh jururawat, anda berpeluang menyusukan bayi seawal kelahirannya, anda berpeluang rooming in dengan bayi 24 jam bersama anda, bayi anda tidak akan diberi mana-mana susu formula melainkan atas preskripsi doktor (jika bayi bermasalah) dan banyak bantuan penyusuan walaupun anda tidak minta.
Jika anda memilih untuk bersalin di hospital bukan rakan bayi – tiada masalah. Anda berhak memilih di mana saja anda selesa untuk melahirkan buah hati anda Cuma, ada beberapa perkara yang perlu jelaskan pada kakitangan kesihatan di sana. Seperti di atas, maklumkan pada doktor tentang keinginan anda untuk menyusukan anak secara eksklusif. Atau beritahu doktor tentang “breastfeeding plan” anda seperti:
* Saya mahu FULLY BREASTFEED anak yang bakal lahir – jadi saya harap pihak hospital tidak berikan dia susu formula, air glukos atau air masak tanpa arahan doktor dan kebenaran saya (buat muka yang paling lembut dan glowy – kata org tua, jgn “langsi”/”belagak”
* Saya mahu mendakap dan susukan bayi right after dia lahir (jika boleh) dan mahu bersama dia 24 jam tanpa berpisah dgn saya kecuali jika diminta oleh doktor, mandi atau tujuan vaksinasi
* Jika ada breastfeeding educator atau kaunselor laktasi atau mana-mana pihak yang boleh membantu saya menyusukan bayi, saya harap mereka dapat membantu saya yang masih lemah.
* Jika anak saya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa di tahan di NICU, saya masih mahu meneruskan penyusuan dengan berinya susu perahan.
* Saya harap doktor boleh pertimbangkan permintaan saya ini dan saya juga akan berbincang dgn jururawat yang bertugas. (kedip-kedip mata)
Kita juga harus bersedia pada waktu ini. Jika ada jururawat yang insist memberikan susu formula, mintalah bantuan suami menerangkan pada beliau tentang keinginan kita memberikan yang terbaik untuk anak kita. Kita berhak ke atas anak kita. Jangan takut untuk meminta kerana susu ibu adalah hak anak kita dan kita dilindungi oleh undang2 jika menyusukan anak. Yang betulnya, acik bayor ribu2 bersalin…. takkan acik takleh minta…
4) Kautlah segala ilmu penyusuan semasa mengandung. Pergi ke kelas antenatal, kelas penyusuan, bertemu dgn kumpulan sokongan susu Ibu (kumpulan sokongan susu ibu tidak terhad kepada ibu yang telah melahirkan anak dan menyusukan sahaja, ibu yang mengandungkan anak pertama juga digalakkan menyertainya), buat bacaan buku atau forum atau berkongsi pertanyaan di internet.
Support group tak semestinya formal – di mana2 pun boleh berkongsi cerita
Secara peribadi, saya mungkin jenis yang kena belajar berulangkali baru boleh absorb. Namun, apabila saya menghadiri kelas mahupun ceramah penyusuan, pemahamannya lebih jelas kerana ada sesi praktikal, ada sesi soal jawab, ibaratlah seperti subjek susah, kalau kita ponteng kelas dan hanya study nota kawan2 yang dipinjam BERBANDING kita hadiri kelas, tgk muka pensyarah, tgk baju dan kerongsang pensyarah – kita akan ingat hari dia pakai baju biru, topik pengajarannya sekian sekian. – kita akan ingat bila dia buat lawak, ada kaitan dengan topik yang diajarnya. (Kantoi- nmpk sgt saya suka ponteng kelas di kuliah dulu kan – sekali lagi, acik dah insaf, hehehehe)
Kadangkala apa yang kita baca, kita dengar mungkin tidak sama apabila anak kita telah lahir. Kadangkala kes kita berlainan, apa yang kita expect berlainan. Jangan panik, jgn berhenti. Masa inilah nak belajar, masa inilah kesabaran penting untuk meneruskan segalanya. Anda boleh bertanya, boleh berkongsi dgn yang lebih pakar.
5) Persediaan Peribadi -
Persediaan puting (perhatikan jika puting leper, puting tenggelam) – ransangan sekali sehari sebelum bersalin (jika kes diatas) atau gunakan kaedah “
Hoffman Exercises” untuk ransangan puting.
Persediaan peralatan -
* Pam Penyusuan (dual phase, single phase) – cari pam yang bergred hospital
* Peralatan lain – nursing bra, nursing clothes, storage bottles, warmer
** Please, membeli mengikut kemampuan dan tidak terikut2 dgn trend2 yang akan menyusahkan hati kita mahupun pasangan. Pam mahal bukanlah menghasilkan susu yang banyak. Apa yang penting, hanya cari pam yang bergred hospital dan mempunyai suction/hisapan seperti bayi menghisap, tidak sakit, selesa dan berpatutan.
Contoh dialog:
Isteri: “Abang, i nak beli jugak pam sekian sekian yang harga 2 ribu tu. Kwn ofis i pakai tu susu dia banyak. I nak jugak.
Suami “mahalnya. tak mampu kita.”
Please, jgn begini. Kasihan suami kita. Jikalau berkehendak juga, mungkin boleh buat simpanan dari awal ataupun main kutu bersama rakan2 lain utk membeli pam yang mahal. bagi saya, kualiti pam yang baik tak semestinya mahal. Ianya mungkin mahal disebabkan jenama. Tetapi awas! Jangan dapatkan pam yang terlalu murah dan tidak bergred hospital yang hanya “serve the purpose” – sedut dan lepas – ramai ibu yang give up – sakit – dan kadangkala produksi susu kurang – bukan akibat pam -tetapi kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami ibu akan effect hormon okstosin – bantutkan pengeluaran susu.
6) Sokongan – yang ini penting. Ada beberapa perkara tentang sokongan:
Suami -
* ada yang jenis tak ambil tahu dan serah segalanya pada isteri – kalau berjaya, dia ok, kalau tak, dia pun tak kisah
* ada yang menentang – especially bila terpaksa keluar duit lebih untuk membeli peralatan penyusuan (yang mana beliau tak tahu lagi penyusuan berjaya atau tidak)
* Ada yang sangat2 menyokong, sanggup ikut isteri ke kelas penyusuan, sanggup mencari info penyusuan untuk isteri dan berbagai usaha demi memastikan isteri dapat menyusuakan anak yang baik.
Apapun perangai suami kita, kita harus buktikan pada mereka yang kita ibu dan isteri yang hebat Kalau suami pada awalnya tak menyokong, tak mengapa, selepas dia lihat sendiri hasilnya, dia lihat sendiri zuriatnya membesar dgn cerdas dan sihat, dia akan faham. Dia pula yang over, kdg2… hehehehe
Ibu/Ibu mertua
Yang ini pula, bagi saya, ‘small matter’ – kita maklum, ibu2 kita penuh dgn mitos, penuh dgn kata2 org tua, rawatan tradisional dan lain2. Kdgkala ibu rasa bersalah jika tak ikut – kerana ibu kita mahupun ibu mertua dah lahirkan anak yang ramai dan semuanya membesar dgn baik – apalah nak dibandingkan dengan kita yang baru menimang seorang cahaya mata untuk menidakkan mereka. Jgn bimbang – ada banyak cara untuk menolak segala mitos ini- tolak dgn baik – beri penerangan yang jelas – jika mereka masih tidak faham – suami ambil peranan- biasanya mereka akan hormati kata dua suami yang inginkan anak mereka disusui dgn susu ibu. Kalaupun ibu/ibu mertua kita merajuk – sekejap saja – dengar suara cucu nnti hatinya cair kembali
Rakan-rakan
Penting juga apabila telah kembali bekerja nnti. Ada yang pro, ada yang tidak pro – tak mengapa
So, kawan2 yang tgh pregnant, or dah ade anak, yang berniat nak menyusukan anak anda dgn susu ibu, boleh la gunakan info2 dari Kak Farah nie..
Selamat Maju Jaya!!!