iklan atas

Mari mari mari..

Monday, March 26, 2012

Info : Fenomena tidak normal(Haid berlebihan)

Assalamualaikum..

Hari nie just nak share something yang dibace dkt metro.. info from HMETRO

Nie info berkenaan pendarahan berlebihan @ haid berlebihan..

Pendarahan yang normal
  • Tempoh kitaran 28 hari (� tujuh hari)
  • Tempoh haid biasanya empat hari (� dua hari)
  • Jumlah darah haid 40 mililiter (� 20 mililiter)
Pendarahan yang tidak normal
  • Jumlah darah haidnya melebihi 80 mililiter bagi satu kitaran
  • Tempoh haidnya berpanjangan antara lapan hingga 10 hari, yang berlaku dalam kebanyakan bulan
  • Pendarahan yang banyak sehingga menyukarkan seseorang wanita untuk bekerja atau melakukan aktiviti harian lain
  • Wanita mengalami masalah anemia kerana kehilangan banyak darah secara berterusan
  • Ada ketulan darah melebihi satu atau dua hari
  • Mengalami ‘kebanjiran’ - yang berlaku secara tiba-tiba, permulaan haid yang tidak dijangka
  • Perlu menukar tuala wanita atau tampon setiap jam
"Masalah pendarahan haid yang banyak dikelaskan apabila berlaku pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan sama ada daripada segi fizikal, emosi, sosial dan material. Ia boleh menjejaskan salah satu atau gabungan beberapa gejala seperti senggugut dan keletihan yang melampau,” katanya lagi. 

Namun untuk lebih mudah menguji sama ada haid anda terlalu banyak atau normal ialah melihat pada kesan pada tuala wanita. Lihat jika tuala wanita anda sentiasa penuh sepanjang tempoh haid.

Tanda dan gejala pendarahan haid yang banyak:
  • Satu atau lebih tuala wanita atau tampon basah lencun dalam masa satu jam
  • Perlukan perlindungan berganda (seperti memakai dua lapis tuala wanita pada satu masa)
  • Perlu menukar tuala wanita atau tampon pada waktu malam
  • Tempoh haid melebihi tujuh hari
  • Ada ketulan darah pada darah haid
  • Mengalami gejala anemia seperti rasa letih, lesu, sesak nafas
  • Senggugut 
  • Menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan termasuk di tempat kerja, di rumah dan hubungan dengan keluarga dan suami
Punca pendarahan yang tidak normal

Lima punca utama pendarahan tidak normal ini ialah:
  • Ketidakseimbangan hormon - biasanya berlaku ketika haid dan akan ‘selesai’ sendiri selepas haid tamat


  • Masalah sakit puan seperti fibroid, polip, kanser pangkal rahim, kehamilan luar rahim


  • Pengambilan ubat tertentu termasuk ubat antikeradangan dan antipembekuan darah, serta ubat hormon yang tidak diambil dengan betul


  • Penggunaan alat pencegahan kehamilan dalam rahim tanpa hormon (IUD kuprum)


  • Masalah kesihatan seperti penyakit keradangan pelvik, masalah pada kelenjar tiroid, endometriosis atau penyakit hati dan buah pinggang

    Bagaimana masalah dikesan?

    Ia dikesan melalui:


  • Sejarah haid. Pesakit mungkin dikehendaki merekodkan kedatangan haid mereka termasuk berapa ‘tenat’ pendarahan dan berapa banyak tuala wanita yang digunakan.

    Selain itu ada beberapa ujian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah ini seperti imbasan ultra bunyi, ujian darah, ujian lumuran pap dan biopsi endometrium (lapisan pada dinding rahim).


    Apa yang wanita mahu?

    Menurut Dr Suresh lagi, 35 peratus wanita mahukan haid yang lebih ‘ringan’ dan pendek kerana ini akan:




  • Menjimatkan kos membeli tuala wanita atau tampon


  • Tiada gangguan pada aktiviti harian


  • Boleh lebih aktif


  • Tidak perlu kerap ke tandas


  • Tidak berasa penat


  • Tidak perlu bangun pada tengah malam


  • Tidak bimbang darah haid terkena pada pakaian


  • Tidak perlu ambil cuti ketika haid


  • Boleh memakai pakaian berwarna cerah



  • Kaedah rawatan yang ada? 

  • Terapi hormon - menggunakan pil perancang untuk membantu mengatur dan mengurangkan pendarahan. Kaedah ini memang sudah lama digunakan dan ia terbukti berkesan. 


  • Kekurangannya: ada wanita mengadu mengalami masalah sakit kepala, retensi air, pertambahan berat badan.


  • Terapi bukan hormon - Ini termasuk pengambilan ubat antikeradangan bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen atau naprofen (juga membantu mengurangkan kesakitan senggugut) dan asid traneksemik. 


  • Kekurangannya boleh menyebabkan masalah penghadaman, kerap buang air, memburukkan masalah asma dan ulser peptik. 


  • Kaedah pembedahan hanya akan dicadangkan jika ubat tidak berkesan. Antaranya dilation & curettage (D&C), histeroskopi operatif, ablasi endometrium, reseksi endometrium dan histerektomi. Pesakit perlu mendapatkan penjelasan terperinci sebelum bersetuju menjalani kaedah pembedahan kerana setiap satu ada risiko tersendiri.  




  • Pun begitu dengan kelahiran ubat baru yang mempunyai gabungan unik estradiol iaitu estrogen yang sama dengan hormon dihasilkan tubuh dan dienogest hormon progestin dengan tumpuan kesan pada lapisan endometrium dalam rahim, masalah pendarahan haid berlebihan dapat diatasi dengan baik.



  • Kalau nak diceritakan pasal haid nie, nie lah antara masalah terbesar aku dari aku 1st period zaman kanak2 dulu..tak bleh nak lupe bile aku sampai nangis2 tahan sakit mase kat skolah, mase dah keje bleh la gi klinik nak wat check up, bile doctor suruh rehat amik pil tahan sakit, pastu rase mcm nak pengsan2, kalau period tue memang emosi tak stabil la senang cakap..lagi kalau org wat lawak depan mata, kalau boleh tumbuk, memang aku tumbuk je org tu..ihihihih..

    Peringatan: bile wanita yang sedang mengalami sakit period pain tue, jgn la sesuka hati nak wat lawak tak bleh blah..emm actually lawak biase je rasenye tapi takle nak terime arr..maybe sbb emosi tgh tak stabil, t kau kene jerit la gamaknye..teringat opismate2 yang lelaki dulu, kalau nampak muke sorg2 mcm kelat je tue, tau dah dorg..tak de nak wat lawak2 ke der..ihihihih..

    lepas gune Premium Beautiful corset nie, Alhamdulillah syukur sgt sbb aku dah takde masalah ngeri tiap2 bulan yang aku alami dulu2 tue..kalau dulu mmg rase mcm "bleh caye ke korset nie bleh ilangkan senggugut?" sebab pernah gak pakai korset yang ade FIR, tapi cam tak efek pon..(jenama dirahsiakan la kheennn? )

    Tapi, ye lahh aku nie kan ala2 beauty freak gak..org ckp gemok skit, mule lah menggelabah..hahahaha..ye aku memang gemok lepas bersalinkan aish..walaupon org ckp exclusive BF tu bleh turunkan berat badan, tapi aku tak pon..aku tau aku kuat makan, especially lepas menyusukan atau mengepam susu..kalau dulu, makan byk pon senang je nak turun balek, tapi sepanjang 2thn lepas bersalin, aku memang tak diet..sbbnye aku risau susu sikit..(alasan kan?)

    eh ehh mcm dah terkuar dari topik asal je..uhuhuh takpe2 skit je additional info dari aku..so aku pakai PB, masalah senggugut aku selesai, tiap2 bulan aku period tanpa ada rasa sakit..and Alhamdulillah cyst aku pon dah tak ada.. Refer SINI for my endometriosis history..

    And bonus yang aku dapat, stretchmark merah2 mcm lipan(ahahah horror gile describe stretchmark mcm lipan) tue dah completely tak ada..serius aku tak tipu..nak tunjuk perut memang tak la kan..tapi kalau tak caya, tanye la adek aku Kema or hubby aku pon boleh..ahahahah...nak tanye aish pon ok gak.. :)

    dan bonus lain, bentuk badan yang besar dulu tue, dah makin kecil skit rasenye..org2 yang pernah nampak aku gemok dulu akan ckp, "syiekin dah nampak kecik laaaa"..tapi sape yang tak sempat nak tengok aku gemok lepas bersalin akan ckp, "ehh syiekin apsal kau gemok nie?" ahahahahahaha..so aku dengar feedback +ve dari org2 yang biasa nampak aku gemok..takpe..berat badan aku pon bukan la turun secara mendadak pon..tapi alhamdulillah aku nak cube capai target berat aku before mengandung..ehh mcm tak relevan..40kg ok la kot untuk aku yang dah beranak nie..dulu before ngandung 37.5kg je..uhuk uhuk..

    disebabkan aku pon dah join PB biz nie..sebabnye DI SINIso aku amatlah mengalu2kan any queries, nak tanye tentang masalah2 wanita or nak borak2 business pon ok..

    Tak salah kan kita cuba usaha utk sesuatu yang baik...just set your appointment with me, I fittingkan PB dkt u, rase pakai dulu dkt badan, then u decide nak beli ke tak..at least bile dah rase dkt badan, bleh tau la selesa ke tak pakai korset nie..ihihihih..NO COMMITMENT TO BUY OK?..

    sape2 yang nak tanye pasal PB atau yang berminat nak join our team FABULOSITY, jangan malu2 utk email me
    lola_kynai@yahoo.com
    atau call/msg
    012-6891643



    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...