iklan atas

Mari mari mari..

Tuesday, March 22, 2011

Adik adikku!!! InsyaAllah BOLEH!!

salam sumer..

Hari nie aku nak share pasal satu realiti tv yang dianjurkan oleh RTM dan JAKIM, iaitu "Adik-Adikku"..Kebetulan aku tgk nie pon start dr first episode, mmg aku jatuh hati dgn rancangan nie..so, tiap2 ptg kul 6.30pm aku akan ajak Aish same2 tgk rancangan nie, and aku suke nyanyikan lg tema adik2ku, nanti Aish joget goyang2 bontot..And die pon nampak cam suke tgk rancangan nie jugak..Yela..dgn kaler2 budak2, adik2 nie wat persembahan, ade selitkan nasyid, bace hadis, nyanyi, lakonan dalam pidato dorg, mmg awesome!! Bukan setakat Aish suke tgk, mama Aish pon teruja..

So, malam td final program Adik2ku nie..Aku ajak Aish tgk, tapi die bertahan smpi peserta ke3 je..Pastu die tertido, and aku smbg tgk smpi abis..Memang aku kagum dgn semangat adik2 nie..Cara dorg sampaikan pidato dorg, mmg power..Aku selalu tersentuh dgn cara penyampaian dorg, sbb bile part sedeh, mmg sedeh, syahdu smpi wujud rase sebak dalam hati..Memang tak sangke, adik2 nie dapat sampaikan mesej2 yang baik, ilmu yang bergune walaupon umur dorg masih kecil..memang aku kagum..

Aku suke sumer contestant..sebab masing2 ade kelebihan dan kehebatan masing2..Walaupon final hanya 7org yang berjaya, tp yang lain tue jgn risau..Tak bermakna anda tak berjaya..Anda berjaya di mata kami yang setia menonton rancangan nie..Memang aku rase rugi sbb tak tgk musim pertama, tapi InsyaAllah kalo ade musim ke3 nanti, mmg aku nak follow rancangan nie..Memang bagus..Kita dapat tgk bakat2 adik2 kecil nie dalam bentuk keagamaan..Rasenye, better buat rancangan mcm nie untuk anak2 kecil kita, tak perlu la wat rancangan menyanyi ke, menari ke..sumer tue nak wat ape..bagi aku laa..uhuhuhuh..

So, nie aku bgtau results final Adik2ku Musim ke2


Keputusan Akhir Program Realiti Adik-Adik Ku Musim ke-2 2011


Juara :Adik Muhammad Amirul Munir Azlin
Johan:
• Piala
• RM 10,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Umrah dan Ziarah untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 3,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 1,000.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan



Naib Juara:Adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri
Naib Johan:
• Piala
• RM 8,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 2,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 700.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan



Ketiga:Adik Zaid Najmudin Zul Akmal
Tempat Ketiga:
• Piala
• RM 6,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Pakej Pelancongan Muslim ke Negara China untuk 2 orang sumbangan Hiraq Marketing & Trading Sdn Bhd dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 1,000.00 sumbangan Tabung Haji
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Meneroka Alam Haiwan dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan



Saguhati:
  • Adik Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin
  • Adik Siti Nur Alia Safri
  • Adik Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin
  • Adik Iffah Ahmad Hilmi
4 Hadiah Finalis Akhir: 
• Piala
• RM 3,000.00 tajaan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Hadiah Iringan:
• Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
• Akaun Simpanan Kelab Taha bernilai RM 300.00 sumbangan Tabung Haji
• Set Pen Al-Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd
• Siri Juara Muda dan Langganan Majalah ASUH selama setahun tajaan Galeri Ilmu
• Baucer bernilai RM 500.00 tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari
• Hamper sumbangan Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd
• Sijil Penyertaan



Nie plak Lagu tema program nie..Aish suke bile part "Adik adikku, InsyaAllah boleh!!"

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.
Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.
Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!

Pastu kalo tak silap aku, adik2 nie akan dapat mcm imbuhan RM2400 setahun smpi dorg F5..Nie mcm sara diri untuk belajar laa..Manfaatkan sebaik2nya rezeki yg diperolehi ye adik2..Dan kekalkan diri anda semua mcm skang nie..walaupon dah besar nanti, jgn mudah lupa diri..uhuhuh emosi plak aku..uhuhuhuh..


P.S: aku suker dgn hujah Adik Munir malam td, die ade mention pasal susu Ori..:D

2 comments:

  1. aku pon tgk final adik-adikku..actually x pernah tgk pon, tp terbuka channel 1 and terus la layan..seronok tgk adik2 tu berpidato..

    ReplyDelete
  2. best tau tgk..yg ptg2 kul 6.30 tue ala2 diari dorg..ape aktiviti dorg, ade kelas2 penyampaian pidato, mcm2 laa..seronok tgk adik2 kecil nie nye performance..:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...