iklan atas

Mari mari mari..

Friday, July 9, 2010

::solid food for baby::

Nextwik Aish akan masuk 6months..that’s mean, die dah ready for solid food..I’m quite nervous + excited about this sbbnye die akan start his 1st food sepanjang dr die melahir..before this ade yg nak cube2 bg die makan, but as for us(his parent), kami cube elak dan avoid bg die makan before he reach 6months sbb utamanya ialah, perut baby berumur bawah 6bulan adalah belom matang..Usus belom boleh berkerja kuat utk menghadam fud yg die makan..Memang kalo org dulu2, at baby’s 1st day, ade yg bagi susu+nestum, barli, bubur etc, smpi skang sehat je kan? tp the reason nape baby boleh mule makan at 6months, adalah sbb utama yg dijelaskan td..mmm nie utk BF baby ye..Kalo FM baby, at 4months dah boleh start makan sbbnye, makanan tambahan diperlukan utk khasiat dlm badan die..


For Aish(fully BF baby), die akan start nextweek..So, ade skit info dpt dr blog http://ezurin.blogspot.com utk dikongsikan:


Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia


Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :


· Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.


· Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.


· Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.


· Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.


· Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.


· Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.


· Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.


· Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.


· Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.


Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :


· Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.


· Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.


· Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.


· Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.


· Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.


· Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.


· Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.


Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:


· Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.


· Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.


· Bekalan susu ibu yang lebih stabil.


So I will starts his 1st food on 17/7/2010(sabtu InsyaAllah) sbb nak la jd org 1st yg suapkan die makan..ehehhee..tak sabar nak tgk his 1st reaction for his food. :) Lagipon sabtu tu ade majlis akikah Aish, tak rushing bg makan pon takpe..delay kejap je..I’m also will prepare all of his food, meaning aku akan masak sendiri his food, frozenkan mcm EBM(sbb frozen food tahan dlm 2minggu), tp takde la nak simpan makanan tu lame2 sgt pon sbb aku akan follow 3day rule..pastu hr2 bekalkan dkt Mak Yah..3 day rule tue digunakan utk tgk if baby ade alergi ke tak dkt fud yg diberi tue..plus I’m planning not to give him any canned/processed food like Gerber, ape ntah lg jename food baby, tak ingat..So, that’s all for today..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...