iklan atas

Mari mari mari..

Showing posts with label rindu Mekah. Show all posts
Showing posts with label rindu Mekah. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Rindu tak terungkap..

Assalamualaikum..

Mase dekat Mekah bertugas tahun lepas, ade yang pernah bagitau..


dan sampai sekarang, rase rindu dekat rumah Allah tak pernah hilang..lagi2 kalau dgr azan dkt tv tu, uhuhuhuhuhu..kalau la senang nak ke sana mcm JB - Melaka, memang selalu lah nak ke sana.. :)

In Sya Allah..semoga ada rezeki untuk menjadi tetamu Allah lagi..amiiinnn...
 
::Masjid Nabawi::
::Jam Besar di Mekah::
::Pertama kali melihat Kaabah::
::Subuh di Masjidil Haram::


Wednesday, October 24, 2012

Puasa Arafah dan Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..

Semua kita pon tau kan yang kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada jumaat 26/10/2012..Esok pulak, Khamis 25/10/2012(9 Zulhijjah) adalah hari yang disunatkan untuk kita berpuasa Arafah(bagi org yang tidak mengerjakan haji)..


Info kredit to : Saudara Shahmuzir

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.


fuuhh..tak sangka..setahun yang lepas aku melalui pengalaman mengerjakan haji..setahun tu kejap je rase..perasaan rindu dkt rumah Allah, tak terluah dengan kata2..rindu sgt..uhuhuhuhu..

masa tahun lepas, kalau boleh aku nak jadi org yang terakhir balek ke Malaysia..ihihihihi..tapi tak dpt la kaann..uhuhuhuh..aku teringat kata2 Tuan Haji Abdullah, masa dkt mekah dulu..

"kerinduan dkt keluarga di malaysia takkan dpt mengatasi kerinduan dkt mekah&madinah bila kita dh ada di malaysia.."

Oklaa..uhuhuhuuh..semoga Allah beri rezeki aku dan suami dapat buat haji dalam usia yang muda nie..amiiinnn..

Dedicate dekat semua pic Kaabah masa aku solat subuh tahun lepas.. Rindunyee.. :)


P.S: Selamat menyambut Hari raya Aidil Adha untuk semua..esok aku cabut gigi, mcm tak dpt je nak berpuasa esok..harap2 tak demam..

Wednesday, May 30, 2012

Mimpi tentang Mekah

Assalamualaikum..

Subhanallah..Tido malam tadi aku mimpi berada di kota Mekah..
dengan kawan2..kali nie bukan untuk bertugas..aku pon tak berapa clear sgt yg aku ingat kitorg tgh berkumpul dkt bas yang bawa jemaah..ada beberapa kawan yang aku perasan..Hajjah Baiti, Haji Hasrol, ade 3-4 org aku tak ingat sangat sape, tp kawan lame laa..ihihihih..rase mcm jd tour guide utk jemaah pon ye jugak..ntah..ihihihih..Tapi seronok sebab dapat solat depan Kaabah, ziarah Mekah..rinduu.. :(

Rase mcm berat je nak bgn pg td sbb nak sambung mimpi..tapi bile dgr alarm azan subuh, baru terjaga..cepat2 bgn utk solat subuh..pas solat tu teringat mimpi ada dkt Mekah, rasa rinduuunyyaaaa nak berada dekat sana lagi..rindu nak beribadah dekat Masjidil Haram..rindu suasana Kota Mekah dan Madinah..rindu sangat2..

Bawah nie yang aku jumpa utk tafsiran mimpi aku tue..Kalau betul, alhamdulillah..kadang2 mimpi nie mainan tido..ape2 pon aku sentiasa doakan yang aku ade rezeki untuk kembali ke sana..kali nie nak pergi dengan suami dan keluarga..InsyaAllah..semoga dipermudahkan urusan dan dipanjangkan umur lagi untuk ziarah rumah Allah..Amiiinnn..

* Mimpi melihat kota Makkah, bererti akan menziarahi Ka'bah.
* Mimpi pergi menuju Makkah untuk urusan perdagangan, bukan untuk menziarah ke sana, bererti amat berminat sekali dengan kesenangan duniawi, atau bererti bertambah rezeki dan kenikmatannya.
* Mimpi berada di jalan kota Makkah, bererti Allah S.W.T. memberi rezeki menunaikan haji.
* Mimpi berada di kota Makkah, tetapi dia sibuk dengan soal-soal ibadah serta tidak mempedulikan urusan-urusan duniawi, bererti memperoleh manfaat dalam urusan duniawi atau akhirat.
* Mimpi berada di kota Makkah, tetapi dia sibuk dengan kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang buruk, bererti dia memperolehi sesuatu yang kurang menyenangkan.
* Menurut Ismail-As'as, mimpi melihat kota Makkah dalam keadaan makmur, banyak kenikmatan, bererti memperolehi kebaikan dan mendapat harta.
* Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang bermimpi berada di jalan kota Makkah, maka apabila dia sakit, bererti akan sembuh. Kadang-kala bererti sudah dekat ajalnya, isyaAllah.
* Mimpi berada di Tanah Haram kota Makkah, bererti aman dari segala keburukan dunia. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Ankabut 29:67 :
Bermaksud:"Apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, sedangkan manusia saling tangkap-menangkap di sekeliling mereka (berperang)."
Atau boleh juga bermaksud menunaikan haji.
* Mimpi melihat di Tanah Haram ada seorang raja yang adil, bererti kebaikannya terkenal, perbuatannya juga baik. Jika orang bermimpi ialah orang yang tidak baik, maka takwilnya juga tidak baik.
* Mimpi melihat Ka'bah, bererti melihat penguasa atau pegawai tinggi.
* Mimpi rumahnya menjadi Ka'bah, kemudian ramai orang-orang berziarah ke situ, bererti dia memegang kekuasaan tentang keperluan orang ramai, atau menjadi imam satu jemaah, atau dikurniai suatu kebaikan atau kenikmatan.
* Menurut Abdullah al-Karmani, mimpi melihat Ka'abah, bererti selamat, iman dan Islam. Jika yang bermimpi ialah orang sakit, bererti sembuh dan dikabulkan doanya.
* Mimpi wajahnya diusap dengan hajar aswad dan menciumnya, bererti bersahabat dengan para ahli ilmu dan memperolehi ilmu serta pelbagai faedah daripada mereka.
* Mimpi berada di makam Ibrahim, bererti pergi haji dan pulang dengan selamat.
* Mimpi melihat Kaabah tanpa diiringi ibadah haji atau amalpamal yang lain, bererti dia melecehkan agamanya.
* Mimpi tawaf mengelilingi Kaabah, dengan mengamalkan sesuatu daripada ibadah haji, bererti baik dalam ibadah dan urusan duniawinya, sesuai dengan banyaknya amal yang dia kerjakan.
* Mimpi menuju ke Kaabah, bererti tekun kepada kebaikan-kebaikan ibadahnya dan duniawinya, atau mengabdi diri kepada penguasa.
* Mimpi ibadah hajinya kekurangan amal-amal sunat, bererti terjadi sesuatu di dalam agamanya.
* Mimpi Kaabah berada di dalam rumahnya, bererti mempunyai kemuliaan, kebesaran dan kehormatan. Atau mengahwini seorang perempuan yang tinggi martabatnya, yang baik dan jujur.
* Mimpi melihat Kaabah dan melihat kekurangannya, maka takwilnya kembali kepada penguasa atan pegawai di situ.
* Mimpi memasuki Masjidil Haram, bererti selamat. Firman Allah S .W.T. dalam Surah Ali Imran 3:97
Bermaksud: Barang siapa memasuki Masjidil Haram, bererti selamat."
* Menurut Ja'afar al-Sadiq, mimpi melihat Kaabah bererti khalifah, imam besar, serta selamat bagi orang mukmin.
* Mimpi berada di Safa, bererti bersih kehidupannya.
* Mimpi mengerjakan saie bererti berbuat kebaikan.
* Mimpi wukuf di Arafah, bererti menebus dosanya dan mendapat keampunan Allah S.W.T.
* Mimpi berada di Mina, bererti sampai kepada tujuan. Jika sakit bererti sembuh. Disebutkan juga bererti lepas daripada dosa atau mendapat kesembuhan. Disebutkan dalam sebuah syair Arab, yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang pagi-pagi pergi ke Hijaz dan La'la', naiklah ke lembah Mina dan lembah Ajra' dan tanah yang tidak menyesal bagi yang menuruninya. Di lembah Mina ada semacam ubat bagi semua hati yang sakit."
* Mimpi berada di tempat-tempat tersebut di atas, bererti mendapat kebaikan.
* Mimpi mengerjakan ihram, bererti menyendiri dalam mengerjakan ibadah atau keluar daripada berbuat dosa.
* Mimpi mengerjakan ibadah haji, bererti baik pada umumnya.
* Mimpi mengerjakan ibadah haji dan kembali daripada haji, bererti tercapai cita-citanya.
* Mimpi berada di dalam suatu rombongan, bererti mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w.bermaksud:
"Berjamaah itu adalah merupakan rahmat."
* Mimpi berhenti di tempat perhentian bersama-sama rombongan, bererti mendapat ketenangan dan ketenteraman.
* Mimpi bersama-sama dalam satu rombongan tetapi ketinggalan, bererti peringatan, keinginan atau menangis.
* Mimpi berada dalam suatu rombongan kemudian mencari sesuatu tetapi tidak berhasil, bererti tidak baik.
* Kadang-kala mimpi melihat suatu tempat atau suatu kota boleh ditakwil dengan maksud yang terkandung dalam nama tempat atau kota tersebut, umpamanya Mina bererti harapan.

Rujukan: Muhammad Ibnu Sirin (Terjemahan: Abdul Hamid & Azman Ayob). 2004. ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI MENURUT TRADISI ISLAM. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd. m.s 531-535.


Info copied from : SINI

::Haji Hasrol, Hajjah Syiekin :) and Haji Term::

::selesai sudah::
::wif Hajjah Baiti:: 
::suasana masa subuh di Masjidil Haram::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...