iklan atas

Mari mari mari..

Wednesday, October 24, 2012

Puasa Arafah dan Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..

Semua kita pon tau kan yang kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada jumaat 26/10/2012..Esok pulak, Khamis 25/10/2012(9 Zulhijjah) adalah hari yang disunatkan untuk kita berpuasa Arafah(bagi org yang tidak mengerjakan haji)..


Info kredit to : Saudara Shahmuzir

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.  [baca sini]

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.


fuuhh..tak sangka..setahun yang lepas aku melalui pengalaman mengerjakan haji..setahun tu kejap je rase..perasaan rindu dkt rumah Allah, tak terluah dengan kata2..rindu sgt..uhuhuhuhu..

masa tahun lepas, kalau boleh aku nak jadi org yang terakhir balek ke Malaysia..ihihihihi..tapi tak dpt la kaann..uhuhuhuh..aku teringat kata2 Tuan Haji Abdullah, masa dkt mekah dulu..

"kerinduan dkt keluarga di malaysia takkan dpt mengatasi kerinduan dkt mekah&madinah bila kita dh ada di malaysia.."

Oklaa..uhuhuhuuh..semoga Allah beri rezeki aku dan suami dapat buat haji dalam usia yang muda nie..amiiinnn..

Dedicate dekat semua pic Kaabah masa aku solat subuh tahun lepas.. Rindunyee.. :)


P.S: Selamat menyambut Hari raya Aidil Adha untuk semua..esok aku cabut gigi, mcm tak dpt je nak berpuasa esok..harap2 tak demam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...